31 March 2014

MH370 : Harapan Baru Kotak Hitam

Pic: www.scmp.com Pic: www.scmp.comPERTH - Kuasa bateri pada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu mungkin dapat bertahan lebih lama daripada jangkaan 30 hari.

Pasukan mencari dan menyelamat kini bertungkus lumus mencari kotak hitam pesawat ini sebelum jangka hayat bateri tamat, dijangka dalam masa seminggu.
Namun, Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Mark Matthews berkata, bateri bagi pemancar isyarat ultrasonik yang dipasang pada kotak hitam boleh bertahan selama 15 hari lagi walaupun diperakui untuk 30 hari.
“Jangka hayat 30 hari adalah masa minimum. Berdasarkan pengalaman saya, ia dapat bertahan lebih lama.
“Tempoh 45 hari boleh dikatakan jangkaan lebih realistik,” katanya, di Pangkalan Tentera Laut Stirling dekat Perth, hari ini.

Matthews bertanggungjawab ke atas alat pengesan kotak hitam milik tentera Amerika Syarikat atau ‘Towed Pinger Locator’ yang akan diguna untuk mengesan isyarat kotak hitam.


Alat pengesan ini dapat beroperasi sehingga kedalaman 6,096 meter, katanya.

Ia telah dipasang pada kapal Ocean Shield yang dijadual belayar dari Perth ke kawasan operasi esok untuk menyertai operasi mencari, menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).


Perjalanan ke kawasan pencarian yang terletak kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth akan mengambil masa tiga hingga empat hari.

“Kapal ini akan menyertai operasi pencarian sehingga serpihan disahkan berkaitan dengan pesawat MH370 dan kawasan pencarian di bawah air sudah dikenal pasti,” kata Matthews.-  Harian Metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive