30 March 2014

Pelari Wanita Negara Mulakan Larian Rentasi 12 Negara

alt

BEIJING 30 Mac - Pelari solo wanita negara Suwaibah Md Nasir memulakan misi larian Laluan Sutera merentasi 12 negara di kedutaan Malaysia di sini.

Larian Laluan Sutera - Merentasi Laluan Pengembaraan Marco Polo (Larian Aroma) meliputi China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Serbia, Crotia, Slovenia dan Itali.

Larian dijangka berakhir pada 3 Jun di Itali yang Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri dijangka menyambut Suwaibah.


Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin melepaskan larian pada Ahad di kedutaan. Beliau mengucapkan selamat dan semoga berjaya kepada Suwaibah dalam misinya itu.

Suwaibah merupakan pelari wanita pertama Malaysia yang berlari secara solo lebih 1,111 kilometer merentasi Gurun Sahara di Mesir.

Beliau mencipta 10 rekod dalam Malaysia Book of Records.

Larian Aroma dijangka yang terakhir baginya sebelum bersara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive