30 March 2014

Keluarga penumpang warga China tiba di Kuala Lumpur, tuntut jawapan tentang MH370


MARCH 30, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 30, 2014 04:16 PM
Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 meninggalkan bilik sidang media di sebuah hotel di Subang Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Mac, 2014.Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 meninggalkan bilik sidang media di sebuah hotel di Subang Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Mac, 2014.Lebih sedozen keluarga penumpang pesawat MH370 warga China tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk menuntut jawapan Putrajaya mengenai nasib kapal terbang yang masih hilang itu.
"Kami menuntut pertemuan dengan perdana menteri dan menteri pengangkutan," kata Wang Chunjiang, abang kepada seorang penumpang pesawat MH370, lapor BBC.
"Kami ada soalan untuk ditanya secara terus kepada mereka,” katanya.
Difahamkan, kira-kira 35 ahli keluarga tiba pagi ini dan membuat dua pertemuan secara tertutup dengan konsul China di Malaysia, Liu Peng Xiang.
Mereka bermalam di sebuah hotel di Subang Jaya. Perjalanan ke Kuala Lumpur diuruskan oleh MAS atas permintaan keluarga, dengan lebih ramai keluarga dari Beijing dijangka tiba.
Kira-kira 20 daripada mereka kemudiannya menyerbu bilik sidang media di hotel tempat 
“Kesimpulan mereka hanya berdasarkan analisis matematik dan mereka menggunakan model matematik yang diragui. Kemudian mereka membuat kesimpulan saudara kami sudah tiada.”
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Malaysia komited untuk menjalankan siasatan terperinci hingga kesimpulan terakhir.
“Apa yang mereka mahu daripada kita ialah komitmen untuk meneruskan pencarian, dan itu saya sudah beri, bukan saja bagi pihak kerajaan Malaysia, tetapi daripada semua negara yang terbabit,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur selepas bercakap dengan keluarga penumpang, semalam.
Pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) hilang daripada skrin radar awam pada 1.40 pagi dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac. Ia membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Sementara itu, 10 kapal dan banyak pesawat menjalankan operasi mencari di Lautan Hindi, barat Perth, Australia, hari ini, sekali lagi cuba untuk menjejak pesawat MH370 yang hilang sejak lebih tiga minggu lalu dengan pencarian yang mengecewakan dan tidak berhasil.
Pelbagai objek dikesan dalam tempoh dua hari ini sejak pihak berkuasa Australia berpindah kawasan pencarian 1,100 km selepas analisis data radar terbaru menunjukkan Beoing 777 itu terbang lebih laju dengan jarak lebih dekat selepas hilang daripada radar awam pada 8 Mac.
Bagaimanapun, tidak ada satu pun yang dapat disahkan datang daripada MH370 dan masa semakin suntuk untuk mencari serpihan, zon terhempas dan mendapatkan kotak hitam pesawat serta perakam data sebelum bateri yang boleh menghantar ping mengenai lokasi pesawat itu kehabisan dan terpadam. – 30 Mac, 2014. - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive