16 April 2014

dimana MH370 : Media AS persoal peranan China


Media Amerika Syarikat hari ini membangkitkan persoalan berhubung kesan daripada penyertaan pasukan China dalam operasi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi, yang didakwa membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Antaranya, Wall Street Journal yang menyebut, walau China “bersemangat” untuk mencari pesawat tersebut, pasukan itu terlepas dari menyertai satu mesyuarat untuk menyelaras operasi.

Mesyuarat tersebut diadakan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Singapura untuk merangka pelan serantau untuk usaha pencarian melibatkan pelbagai negara dalam kes pesawat terhempas.

China sudahpun dua kali gagal menghadiri mesyuarat tersebut.



“Sejak pesawat (MH370) hilang hampir 40 hari lalu, orang yang terlibat dalam operasi berkata China terbukti sebagai pihak pertama memberi maklumbalas dengan bersemangat, walau kadangkala terlalu yakin, tidak tersusun dan tidak betul.

“Sebagai pihak luar kepada pakatan ketenteraan dan politik yang terbina sejak berdekad lalu oleh Washington, China menuntut maklumat dalaman tetapi menunjukkan minat yang kurang mengenai gabungan 26 negara,” laporan itu dipetik.

Ia turut menyatakan bahawa kapal peronda China Haixun 01 menggunakan alat yang tidak sepatutnya untuk mengesan isyarat kotak hitam sehingg memberi petunjuk yang salah pada 5 April.

Menurut laporan itu lagi, pasukan China juga mengirim maklumat tersebut ke Beijing dan bukannya kepada Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) di Australia.

“Saya cuma rasa meluat kerana sejak akhir-akhir ini, China dikritik kerana tidak terlibat langsung, jadi kita tidak boleh biarkan.

“Cukuplah kekecewaan setakat ini bila tiada seorangpun berjaya mengesan pesawat itu setakat ini, kata wakil AS ke Nato, Nicholas Burns kepada CNN.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive