25 April 2014

Parti Seks Di Pangsapuri Mewah



Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 9:36 AM

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat dakwaan rancangan penganjuran parti seks di pangsapuri mewah di empat bandar utama pada 4 Mei ini.

Penganjur dikatakan akan mengenakan bayaran masuk sebanyak RM300 kepada pengunjung lelaki.

Bagaimanapun pengunjung wanita dibenarkan masuk secara percuma.

Dipercayai tiada sebarang syarat dikenakan terhadap pengunjung lelaki namun peserta wanita disyaratkan tidak boleh terlalu gemuk.

Difahamkan lokasi tepat mengenai parti liar itu hanya akan didedahkan kepada perserta selepas penganjur menerima bayaran.

Penganjur sudah menghantar jemputan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung parti yang akan diadakan di Kuala Lumpur, George Town, Ipoh dan Johor Baru.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  bagi menyiasat mengenai perkara itu.

"Jika ia benar, kita akan kenal pasti penganjurnya parti seks yang jelas bertentangan dengan budaya dan nilai masyarakat kita," katanya ketika dihubungi.

Menerusi SMS yang dihantar, penganjur mendakwa setiap lokasi akan diadakan di pangsapuri mewah bagi menghalang pihak berkuasa memasuki premis-premis tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive