• Pesawat 'dirampas' penumpang mabukGambar menunjukkan pesawat Virgin Australia terpaksa mendarat kerana disyaki 'dirampas' ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke Bali, Indonesia. - Foto Ihsan Instagram
 1 / 1 
SEBUAH pesawat Virgin Australia 'dirampas' ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke Bali, Indonesia.

Rampasan pesawat dilakukan oleh seorang penumpang mabuk.

Dalam insiden itu, penerbangan VA41 - Boeing 737 yang meninggalkan Australia kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) terganggu apabila salah seorang penumpang yang mabuk memaksa untuk masuk ke dalam kokpit.

Juruterbang terbang terpaksa menghantar signal rampasan pada jam 1.05pm sementara anak kapal mengawal situasi.

Pesawat itu mendarat pada 2.43pm (waktu Bali) dan kini berada di selatan lapangan terbang Ngurah Rai Denpasar.

Polis Bali telah menahan penumpang berkenaan. - Yahoo News





Penumpang mabuk rupanya...


Seorang penumpang pesawat Virgin Australia yang dalam penerbangan ke Denpasar, Bali dari Brisbane, Australia hari ini dilaporkan cuba memasuki kokpit menyebabkan pesawat berkenaan dikatakan dirampas, ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.

Pada awalnya, laporan tentang pesawat Boeing 737-800 itu dirampas, disahkan seorang pegawai kanan Tentera Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto dalam temubual secara langsung dengan stesen televisyen tempatan, MetroTV, hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap Virgin Blue kemudian dilaporkan berkata, penumpang yang ditangkap itu berada dalam keadaan mabuk ketika cuba memasuki kokpit dan tidak berniat merampas pesawat tersebut.

Sementara itu, jurucakap Tentera Udara Indonesia berkata, semua penumpang tidak dicederakan dan dibawa keluar dari pesawat berkenaan di Denpasar.

Penumpang berumur 28 tahun itu kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Syarikat penerbangan Virgin Australia yang sebelum ini dikenali sebagai Virgin Blue, adalah syarikat penerbangan kedua terbesar Australia. – Bernama