24 May 2014

50 juta USD dibelanjakan Universal Studio untuk "menghidupkan semula" Paul Walker untuk "Fast and Furious 7"



..
Kematian mengejut bintang filem 'Fast & Furious', Paul Walker pada November tahun lalu merupakan merupakan satu kehilangan besar pada industri lakonan Hollywood.
Malahan kematian aktor tersebut akibat kemalangan yang cukup tragis itu ternyata turut memberi kesan kepada produksi filem pecah panggung itu. Seluruh produksi menjadi kelam kabut.
Tanpa Paul Walker, sudah tentu siri seterusnya filem ini iaitu 'Fast & Furious 7' kurang impaknya. Hanya satu jalan, menghidupkan semula pelakon itu. Bagaimanapun dana mencecah ratusan juta USD diperlukan untuk menghidupkan semula Paul Walker.
Setelah berunding beberapa ketika lamanya, pihak Universal Studio memutuskan untuk menggunakan teknologi pergantian wajah bagi menampilkan Paul Walker dalam filem arahan James Wan itu.
Salah satu sumber iaitu orang dalam Universal Studio sendiri memaklumkan bahwa teknologi itu akan digunakan untuk menyambung semula penggambaran. Dengan teknologi itu, Universal Studio akan menggundang dua saudara kandung Paul, yakni Cody Walker dan Caleb Walker sebagai pengganti.
Caleb Walker mempunyai susuk tubuh hampir sama dengan Paul. Manakala Cody Walker pula dipilih kerana wajahnya mirip wajah mendiang.
Hasil teknologi itu nanti akan diselitkan dengan adegan Paul Walker yang 'hidup kembali'. Selain beberapa babak yang dipotong dari filem 'Fast & Furious' sebelumnya juga turut dimasukkan.
Penggunaan teknologi tersebut memerlukan pelaburan dana sebanyak 50 juta USD. Universal Studio bersepakat dengan syarikat insurans untuk melabur wang sejumlah itu. Jumlah tersebut tercatat sebagai bajet paling besar yang pernah dipersetujui oleh syarikat insurans.
Filem 'Fast And Furious 7' dijangka akan ditayangkan pada 10 April 2015 nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive