27 May 2014

ARTIS : Nasir Bilal Khan kini aktif berpolitik bersama PAS


KL, 27 MEI 2014: Rasanya dah lama Murai Batu tak dengar cerita terbaru mengenai pelakon Nasir Bilal Khan. Yelah memang lah di televisyen selalu juga tonton drama lakonannya iaitu Tanah Kubur tapi tak tahu pula mengenai hal peribadinya.
Tapi, baru-baru ini teman Murai Batu ada berkongsi sekeping foto Nasir. Foto itu kelihatan seperti dia sedang aktif berkempen untuk sebuah parti pembangkang.
Dalam foto tersebut dia bersama dua orang wanita yang memegang bendera parti pembangkang iaitu Pas dan Nasir sendiri memakai shawl di leher bercorak parti tersebut.
Amboi nampaknya seorang lagi artis kita yang sudah mula mengikut jejak langkah artis-artis yang berhijrah dan akhirnya menyertai parti politik.
Nasir pun kini sudah tidak berapa aktif berlakon dan tak silap Murai Batu hanya nampak dia berlakon dalam drama Tanah Kubur sahaja baru-baru ini.
Tak kisah lah parti mana yang dia hendak sertai kerana Murai Batu rasa itu hak masing-masing, asalkan ianya tidak memudaratkan diri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive