27 May 2014

Ibu Dyana: Apa masalahnya jika saya ahli PERKASA?


TELUK INTAN Ibu Dyana Sofya Mohd Daud - calon DAP di PRK Teluk Intan - tampil menjawab kritikan berhubung keahliannya dalam PERKASA, dengan berkata ia tiada kaitan dengan pencalonan anaknya dalam pilihan raya kecil di Parlimen itu.
.
Menurut Yammy Samat (kiri ), orang yang  pandai tahu yang mereka mengundi Dyana, dan bukan mengundi ibunya.

"Saya ahli Umno dan ahli PERKASA, apa masalahnya," katanya sambil menambah bahawa Dyana tidak pernah menjadi ahli NGO pendesak Melayu itu.

"Yang bertanding Dyana, orang akan undi Dyana, bukan mak Dyana," tegasnya.



Katanya, terpulanglah jika penulis blog menyerang anaknya itu, sambil menambah: "Itu terpulang pada dia orang, sebab jika fikiran terbuka dan orang  pandai, dia boleh bezakan".

Yammy menegaskan demikian dalam satu ceramah malam tadi di Kawasan Industri Anson yang dihadiri kira-kira 2,500 orang.

Ini merupakan penampilan pertama Yammy dalam kempen
anaknya sejak dakwaan tersebut timbul minggu lalu bahawa Yammy merupakan Ketua Wanita pertama PERKASA.

Dyana Sofya sebelum ini telah menafikan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, semalam Dyana mengaku penglibatan ibunya dalam PERKASA, dengan menyatakan bahawa dia membantu ibunya menjalankan satu pendaftaran keahlian untuk kumpulan itu pada 2008 ketika masih belajar.

TERKINI - YAMMY ISYTIHAR KELUAR PERKASA

Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat yang dirundung kontroversi berhubung pembabitannya dengan PERKASA hari ini menarik diri dari menganggotai NGO pro-Melayu itu.

Yammy mengumumkan demikian kurang 12 jam selepas mengaku menjadi anggota NGO berkenaan.

Beliau yang hadir dalam sidang media bersama Dyana dan beberapa pemimpin DAP lain pagi ini berkata, keputusan itu dibuat untuk menamatkan kontroversi berkenaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive