24 May 2014

AWAS ... Coklat Cadbury mengandungi DNA babi

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014.
Di dalam media sosial itu memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada 
penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan
dengannya.
Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. 

Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel 
dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu: 

i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor 
kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan 

ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan 
nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015. 


Satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd beri jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta. 

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada 
label produk sebelum membeli atau memakannya. 

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan 
kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) 
http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
KETUA PENGARAH KESIHATAN 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
NAMA : NOR SUZAMAN BIN ABDUL RAHMAN 
Perhubungan Awam 
Unit komunikasi Korporat 
Kementerian Kesihatan Malaysia 
TEL : 03-8883 2782 
EMEL : n.suzaman@moh.gov.my 

* Kenyataan KKM ini disediakan Bernama

DNA khinzir: Jakim adakan mesyuarat tergempar

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengadakan mesyuarat tergempar susulan kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan berhubung DNA khinzir (porcine) yang dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, Jakim, Nadia Zammil Md Nasir ketika dihubungi berkata, mesyuarat tersebut diadakan dalam kadar segera bagi merungkai isu ini.

“Sebarang maklumat lanjut berkenaan isu ini akan diberikan selepas mesyuarat pada petang ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive