24 May 2014

PRK Teluk Intan : Terima kasih PAS beri komitemen tinggi - Dyana



MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .

TELUK INTAN: Calon DAP, yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd mengucapkan jutaan terima kasih kerana sangat bekerja keras membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Beliau berkata, petugas PAS daripada seluruh negara termasuklah Johor dan Kelantan bersama-sama membantu dari segi gerak kerja dan tenaga dalam misi mempertahankan kemenangan di kerusi tersebut.

"Saya ada jumpa muslimat yang datang daripada jauh seperti Johor, Kelantan membantu dalam kempen pilihan raya kecil ini. Saya sangat berterima kasih.

"Saya merasakan inilah komitmen paling tinggi yang pernah saya rasakan sepanjang penglibatan saya dalam politik," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Bilik Operasi DAP PRK Teluk Intan, semalam.

Dyana melihat, semua jentera daripada PAS, PKR dan DAP itu sendiri masing-masing bekerja keras dalam menghadapi pilihanraya kecil ini.


Beliau mengharapkan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan serta kerjasama daripada jentera parti komponen dapat kekal hingga Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya.

Dalam pilihanraya ini, jentera PAS dari seluruh negara sama ada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, dan Dewan Muslimat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dikerahkan membantu kempen.

Walaupun pelbagai kontroversi dicetuskan bermatlamat dilaga-lagakan antara PAS dengan DAP, namun PAS tidak melatah sebaliknya meneruskan semangat setiakawannya terutama dalam menempuhi pilihanraya yang dianggap penting ini. - HARAKAHDAILY 24/5/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive