31 May 2014

Dari Teluk Intan









Satu lawan satu antara calon BN dan DAP di PRK Teluk Intan.

TELUK INTAN: Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan tiba dengan 59,927 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 35 pusat mengundi yang akan dibuka pada pukul 8 pagi.
PRK P.76 ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud yang mewakili DAP.
11.33 pagi: SPR memaklumkan, setakat pukul 11 pagi, seramai 19,508 atau 32.55 peratus keluar mengundi.

11.00 pagi: Pengerusi SPR dijangka mengadakan sidang media di pusat media bertempat di Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Teluk Intan sebentar lagi.
10.35 pagi: Seramai 13,754 orang keluar mengundi iaitu 22.95 peratus setakat pukul 10 pagi.

10.28 pagi: Calon DAP, Dyana Sofya tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz bagi meninjau proses membuang undi.
10.15 pagi: SPR memaklumkan, setakat pukul 9 pagi tadi,  seramai 7,080 pengundi atau 11.81 peratus keluar mengundi pada PRK P.76.

9.40 pagi: Pengerusi SPR melawat pusat mengundi di SK Kampung Selabak.
9.15 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat lawatan ke pusat mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz 
9.05 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi.
8.50 pagi: Pasangan suami isteri, Abd Rahman Shaharuddin, 66 dan Fatimah Ahmad, 65 dari Taman Desa Aman menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal selepas mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz. Mereka antara ribuan pengundi yang kini menunggu giliran untuk menunaikan hak masing-masing.

8.30 pagi: Mengikut jadual, Dyana Sofya akan melawat pusat mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz pada pukul 9.30 pagi.
8.10 pagi: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dijangka tiba ke pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz bagi meninjau situasi proses membuang undi sebentar lagi.
8.05 pagi: Pusat mengundi dibuka, termasuk di SMK Sultan Abdul Aziz.

7.45 pagi: Antara pengundi Teluk Intan yang beratur di luar pusat mengundi saluran tiga di SMK Sultan Abdul Aziz.


7.35 pagi: Antara pengundi yang datang awal untuk membuat semakan mengenai saluran mana untuk mengundi.
7.30 pagi: Sebahagian anggota polis tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz bagi mengawal keadaan dan keselamatan sepanjang proses pengundian berlangsung. Difahamkan calon BN akan mengundi di sini pada pukul 9 pagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive