27 May 2014

Dyana lancar manifesto memperkasa kebajikan rakyat Teluk Intan


dyana
TELUK INTAN, 27 MEI: Setelah lapan hari berkempen, calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud hari ini melancarkan manifestonya untuk memperkasakan rakyat Teluk Intan.
Manifesto tersebut tertumpu pada empat agenda utama iaitu kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan pemerkasaan wanita.
“Masalah barang naik, pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan mempunyai kesan besar kepada rakyat tempatan serta menambah penderitaan rakyat.
“Sekiranya dipilih, saya akan melawan dasar kerajaan yang tidak adil ini dan memastikan belanjawan negara diurus secara berhemah,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan, di sini.
Mengulas mengenai pembangunan anak muda, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau akan melawan pemusatan pembangunan yang hanya tertumpu di Kuala Lumpur supaya Teluk Intan
dapat dimajukan.
“Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, lebih 70 peratus rakyat berusia kurang daripada 40 tahun.
“Di Teluk Intan, saya perhatikan kebanyakan anak muda terpaksa mencari rezeki di negeri lain akibat dasar pemusatan hanya di Lembah Klang oleh kerajaan.
“Saya akan mempergiat aktiviti, menuntut pembinaan infrastruktur sukan dan mewujudkan peluang kerja untuk anak muda,” ujarnya.
Beliau turut mengulangi tujuannya bertanding di Teluk Intan iaitu untuk memecahkan benteng perkauman.
“Saya mewakili generasi muda mahukan budaya politik baru yang tidak berasaskan kaum dan tidak bersifat jumud.
“Kita perlukan politik yang berkisar mengenai dasar untuk pembangunan serta kebajikan rakyat,” tegas Dyana. -Roketkini.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive