Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota.
pemilihan keadilan 2014Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 27 Mei 2014 yang dipengerusikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta anggota-anggota Biro Politik yang lain.
Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biro Politik:
1) Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN (Cabang Pasir Salak)
Beliau telah mengingkari arahan surat penggantungan dan terus menjalankan aktiviti yang mencemar nama baik parti dengan terus membuat kritikan dan serangan terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan parti dalam laman sosial Facebook beliau.
Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.
2) Sdr BADRUL HISHAM SHAHARIN (Cabang Rembau)
Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa proses pemilihan adalah kotor dan tidak telus. Beliau turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan ‘Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali’ pada 12 Mei 2014 dan disiarkan dalam laman mysuara.net dan Free Malaysia Today. Responden telah juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk ‘Keputusan penuh penipuan: Chegubard’.
Sdr BADRUL HISHAM SHAHRIN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
3) Sdr M NAGESWARAN A/L MUNIASAMY (Cabang Kota Raja)
Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 24hb Mei 2014. Setelah mendengar hujah dan bukti beliau, Biro Politik telah bersetuju untuk menggantung keanggotaan sdr M NAGESWARAN A/L MUNIASAMY selama enam (6) bulan bermula serta-merta.
4) Sdr KUMARA GURU A/L RETNASAMY (Cabang Alor Setar)
Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 24 Mei 2014. Setelah mendengar hujah dan bukti beliau, Biro Politik telah bersetuju untuk mengekalkan keanggotaan sdr KUMARA GURU A/L RETNASAMY.
5) Sdr MANUGHARAN A/L SELLANDY (Cabang Kota Raja)
Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 24 Mei 2014. Setelah mendengar hujah dan bukti beliau, Biro Politik telah bersetuju untuk memberi amaran keras serta menarik balik penggantungan keanggotaan sdr MANUGHARAN A/L SELLANDY.
Sesi pendengaran bagi yang berikut telah diadakan pada 24 Mei 2014. Setelah mendengar hujah dan bukti responden-responden, Biro Politik telah bersetuju untuk menarik balik penggantungan keanggotaan bagi:
6) Sdr TELAI AMBLAM A/L MARIAPPAN (Cabang Kota Raja)
7) Sdr DK VICKNESVARAN A/L KRISHNAN (Cabang Kota Raja)
8) Sdr P CHANDRASEKARAN A/L S PONNIAH (Cabang Kota Raja)
9) Sdr SYED AHMAD PUTRA BIN SYED ISA (Cabang Kota Raja)
Datuk Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61740