25 May 2014

PRK Bukit Gelugor : 17 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

  • PRK
 1 / 1 
GEORGETOWN - Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan lebih 82,000 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.

Parlimen Bukit Gelugor mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Paya Terubong, Air Itam dan Seri Delima.

Terdapat tiga pusat mengundi di Dun Paya Terubong, lapan pusat di Dun Air Itam dan enam di Dun Seri Delima.

Antara pusat mengundi itu ialah Sekoleh Jenis Kebangsaan Kong Min (Cawangan 2) Jalan Paya Terubong, Sekolah Kebangsaan Air Itam, Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamid Khan dan SMK Datuk Haji Mohamad Nor Ahmad.

Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi rasmi di Dewan Sri Pinang di sini.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Bagaimanapun kesemua calon tidak mengundi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.

Pemangku Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang Azizal Ahmad dilapor menjangka peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor hari ini sekitar 78 peratus.

Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dijangka diketahui seawal jam 8 malam ini. - Bernama


  • Suasana sekitar pusat mengundi di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Island Glades, Gelugor. - Foto Sinar Harian oleh GOKINA MORGANANSuasana sekitar pusat mengundi di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Island Glades, Gelugor. - Foto Sinar Harian oleh GOKINA MORGANAN
 1 / 1 
GEORGETOWN - Pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gelugor memanfaatkan keadaan cuaca yang baik untuk keluar mengundi awal hari ini.

Namun, tiada barisan panjang perlu ditunggu oleh pengundi untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Tinjauan Sinar Harian, mendapati di Sekolah Menengah Hamid Khan misalnya majoriti pengundi yang keluar mengeluar mengundi ialah pengundi Cina, diikuti India dan Melayu.

GEORGETOWN - Sehingga jam 10 pagi sebanyak 8.6 peratus atau 7,112 pengundi berdaftar telah melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, proses pengundian setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak dingini berlaku.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit ketika meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown di Batu Lanchang di sini tadi.
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive