31 May 2014

PRK Teluk Intan : Bermula pertarungan Dyana vs Mah

  • Pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan sedang membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui saluran membuang undi. - Foto Sinar Harian oleh SAIFULLAH AHMADPengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan sedang membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui saluran membuang undi. - Foto Sinar Harian oleh SAIFULLAH AHMAD
 1 / 1 
TELUK INTAN - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan bermula seawal jam 8 pagi tadi.

Sebanyak 35 pusat pengundian bagi PRK Parlimen Teluk Intan dibuka.

Semua pusat mengundi akan ditutup 5 petang ini, kecuali pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Timah yang akan ditutup pada pukul 4 petang kerana mempunyai sedikit pengundi.

 
Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Jalan Changkat Jong, di sini.

PRK ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
 
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
 
Pada PRU Mei 2013, Leong Peng menang dengan majoriti undi 7,313 dalam pertandingan tiga penjuru.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive