18 May 2014

PRK Teluk Intan : BN-Gerakan tertekan



  • DAP mahu cipta sejarah melalui Dyana 

    Dyana Sofya Mohd. Daud akan menjadi Ahli Parlimen wanita keturunan Melayu yang pertama dari DAP jika peguam muda tersebut berjaya menewaskan Presiden , Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan. 

    DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, DAP pernah meletakkan wanita Melayu pada 1974 tetapi calon tersebut ditewaskan dalam pilihan raya.

    Kor Ming berkata, kemenangan Dyana di Teluk Intan sekaligus akan menjadi peristiwa bersejarah dalam DAP.

    "DAP pada kali ini mewujudkan kejutan dengan meletakkan seorang wanita Melayu untuk bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan," katanya.

    Menurutnya lagi, pelantikan Dyana sebagai calon DAP semestinya merupakan sesuatu yang `gempak' di mana keadaannya tidak lain seperti Pas meletakkan calon keturunan Cina unuk bertanding.

    "Sebelum ini, ramai yang mengatakan bahawa PRK Teluk Intan sebagai pilihan raya yang biasa. Dengan meletakkan Dyana, PRK Teluk Intan akan menjadi PRK luar biasa," katanya.

    Sementara itu China Press melaporkan, keputusan DAP meletakkan Dyana sebagai calon telah memberi tekanan kepada Siew Keong yang mewakili Barisan Nasional (BN).

    Menurut sumber BN, keadaan itu akan menyebabkan persaingan sengit untuk undi Melayu yang menjadi perebutan BN dan DAP dalam PRK Teluk Intan.


    "Pemimpin BN dijangka menambah kekuatan untuk berkempen di kawasan Melayu di Teluk Intan." -CHinaPress/malaysiagazette 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive