27 May 2014

PRK Teluk Intan : "Ini bukti yang mengesahkan saya sebagai peguam.- Dyana Sofya



MUHAMMAD FAIZAL | .


TELUK INTAN: Calon Pakatan Rakyat dari DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini mendakwa bahawa beliau merupakan seorang peguam yang sah.

Pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini hari ini, beliau turut membawa bukti surat akuan daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Istana Kehakiman Putrajaya.

"Ini bukti yang mengesahkan saya sebagai peguam.

"Dengan bukti ini saya harap ia dapat menyelesaikan apa jua persoalan yang timbul dalam kedudukan saya sebagai seorang peguam," jelasnya.

Penjelasan itu sebagi manjawab dakwaan pihak tertentu kononnya beliau menipu mengenai kelayakan beliau dalam profesion tersebut.

Dalam akuan itu, Dyana diperakui sebagi seorang Peguambela dan Peguamcara, bermula pada 19 Januari 2012 dibawah Akta Profesion Undang-Undang 1976. -HARAKAHDAILY 26/5/2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive