02 June 2014

Gadis-gadis hot ... sekolah lagi tu

Oleh Gaddafi Musli
Kuala Lumpur: Susulan penyebaran video seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain yang menimbulkan kemarahan masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada April lalu di sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak.
“Klip video itu tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.
Dalam rakaman yang menjadi 'viral' di laman sosial itu, seorang pelajar perempuan ditendang, ditumbuk dan diheret di atas lantai dengan rambutnya ditarik oleh sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.
Foto
DALAM klip video berkenaan mangsa dibelasah tanpa belas kasihan oleh sekumpulan pelajar lain.

3 comments:

Anonymous said...

Memang ada ciri-ciri yang boleh mengenali pelajar perempuan berwatak samseng di mana-mana sekolah menengah.Ciri-ciri itu ialah tudung yang sengaja digunting @ modified sesingkatnya drp tudung asal (mungkin tudung asal xlabuh, tp tudung itu digunting lagi dan lagi).Lagi satu stoking yang dipakai ialah stoking pendek (layak dipakai oleh adik-adik di sekolah rendah sampai menampakkan buku lali). Kain sekolah pula sengaja disingkatkan sehingga menampakkan betis.Kesimpulan, kenapa saya kata samseng? Kerana peraturan sekolah tidak menyuruh mereka berpakaian begitu tp mereka buat jugak.So, kat situ mereka dah menunjukkan kesamsengan.

Anonymous said...

Memang peraturan sekolah tidak menyuruh mereka berpakaian begitu.... tapi dimana letaknya pengetua sekolah dan guru disiplin yang tidak menguatkuasakan peraturan sekolah tersebut..... so, salah siapa? Hope semua masyarakat mengambil ikhtibar yang berlaku ini.....

Unknown said...

Anon June 3, 2014 at 7:49 AM

Komen dari seorang kawan yg bertugas sebagai guru di sebuah bandar: sudah bosan melaksanakan disiplin sekolah yg banyak berasaskan konseling yg tidak berkesan kepada majoriti pelajar ... dan bosan dengan perangai ibubapa yang konon sayang sangat kepada anak dan memenangkan anak ... dan juga bosan dgn pemimpin sekolah serta pibg yang tunduk kepada kehendak politik, orang kaya dan orang berpangkat besar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive