HENDAK dikatakan ribut dalam cawan pun bukan. Sebabnya memang tidak ada punca pun untuk dikaitkan dengan cerita kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan dalam masa terdekat.
Namun itulah yang disebarkan merata blog dan juga oleh tok-tok nujum politik sejak beberapa hari lepas.
Paling tidak munasabah apabila cerita itu dikaitkan pula dengan ura-ura rombakan Kabinet akan dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh beberapa hari ini, khusus untuk membawa masuk pemimpin MCA dan Gerakan.
Apa pula kaitannya kemasukan mereka hingga Muhyiddin perlu digugurkan?
Ya, semua orang pun tahu bahawa pelantikan Timbalan Perdana Menteri, seperti juga anggota Kabinet yang lain adalah prerogatif Perdana Menteri. Namun haruslah ada sebab-sebab yang relevan sekalipun memang hak Najib sebagai pemimpin utama parti yang memerintah untuk menggugurkan sesiapa sahaja termasuk Muhyiddin.
Ini samalah juga dengan bidang kuasanya untuk melantik mana-mana pemimpin lain termasuk sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke kedudukan yang lebih atas jika memang itu yang mahu dilakukan.
Namun takkanlah urusan yang sangat penting itu boleh dilakukan semudah itu sahaja?
Sedangkan mahu menurunkan Datuk Seri Ahmad Said dari kerusi Menteri Besar Terengganu tempoh hari pun bukan main bergelora Laut China Selatan dibuatnya. Inikan pula orang nombor dua negara!
Berani mati
Muhyiddin sudah lima tahun pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri - sejak 9 April 2009.
Apakah dalam tempoh itu beliau tidak punya penyokong tegar yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan dirinya?
Memahami pengaruh kepimpinan politik negara kita, setiap pemimpin yang naik, pasti akan ada penyokong setia yang mengelilingi dan 'berani mati' untuknya.
'Berani mati' di sini bermaksud kesetiaan dan tidak ada kaitan dengan keganasan atau pertumpahan darah.
Kalau ada darah, mungkin sekadar darah nyamuk yang mana ramai penyokong kepada seseorang pemimpin politik tanpa segan silu dan pada bila-bila masa sanggup sahaja berebut menampar mati nyamuk yang menghisap darah bos mereka.
Berbalik kepada Muhyiddin, beliau bukan orang baharu dalam politik. Pernah memegang jawatan menteri besar dan ini sudah tentu meletakkan beliau pada kedudukan yang seharusnya mempunyai ramai penyokong tegar.
Membicarakan hal ini, saya tidaklah bermaksud untuk membawa persepsi kepada umum bahawa Muhyiddin sedang mengejar jawatan mahu jadi nombor satu. Akan tetapi dalam kedudukannya sekarang, sudah tentu mereka yang ada di sekelilingnya mengharapkan beliau akan sampai juga ke tempat itu.
Justeru dalam keadaan tidak ada hujan, tidak ada ribut seperti sekarang, apakah mereka sanggup untuk berdiam jika benar bos yang ditatang tiba-tiba 'ditendang'?
Harus juga diingat bahawa karakter Najib bukanlah seorang yang berani mengambil risiko, apa lagi yang sebesar menggugurkan timbalannya sendiri daripada Kabinet.
Dalam kata lain, Najib adalah seorang yang sering memilih untuk bermain selamat atau play safe. Terlalu banyak contoh untuk memperkatakan hal itu.
Play safe
Lihatlah juga bagaimana beliau naik ke kerusi nombor satu. Bukankah secara tidak langsung yang 'membantu' menaikkannya dahulu adalah kritikan bertalu-talu Muhyiddin terhadap kepimpinan Pak Lah hingga akhirnya Pak Lah terpaksa melepaskan jawatan dan beri laluan kepada Najib.
Saya tidak percaya kalau dikatakan bahawa Najib tidak mengenang semua itu dan tergamak pula untuk mengambil tindakan yang begitu drastik, meminggirkan Muhyiddin apabila kedudukannya sudah selesa.
Meskipun sering disebut orang bahawa politik adalah the art of possible, namun dalam konteks ini, kita harus berbalik kepada karakter semula jadi Najib seperti yang saya nyatakan tadi.
Lagi pula siapa yang mahu dinaikkan? Hishammuddin? Apa jasa besar Hishammuddin?
Meskipun kita sedar sebagai saudara yang ada hubungan darah dan mungkin pula turut menganggap jawatan Perdana Menteri Malaysia umpama legasi keluarga mereka, namun pasti ada yang akan mempertikaikan Najib jika Hishammuddin yang dipilih sebagai bakal penggantinya.
Keupayaannya mengendalikan sidang akhbar setiap hari susulan tragedi kehilangan MH370 diperakui telah memberikan impak 'mileage' kepada Hishammuddin namun jika itu semata-mata yang dijadikan sandaran, masih belum cukup.
Ini kerana Hishammuddin antara menteri yang dianggap tidak 'perform' sebelum ini. Pandangan ini turut sama berlegar dalam kalangan orang Umno sendiri. Beliau tidak membanggakan di mana-mana sahaja kementerian atau portfolio yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
Melainkan keupayaannya mengendalikan sidang akhbar kes MH370, hampir tidak ada pujian ataupun akreditasi buat Hishammuddin sepanjang beliau berada dalam Kabinet.
Ini sekadar pernyataan pandangan. Siapalah saya untuk menilai Hishammuddin, apa lagi menganggap beliau seorang pemimpin yang teruk. Kita yakin beliau sudah melakukan sekadar upayanya.
Namun jika mahu dikaitkan spekulasi pengguguran Muhyiddin sebagai laluan kepada beliau untuk dilantik Timbalan Perdana Menteri, saya tidak melihat itu keputusan yang paling baik untuk negara kita buat masa ini. Bukan sekarang masanya untuk Hishammuddin jadi orang nombor dua! - SH

No comments:
Post a Comment