KUALA TERENGGANU – Tindakan menjual dan membeli tangkal, azimat atau apa sahaja yang dikatakan pendinding boleh diibaratkan seperti bersubahat dalam menyuburkan amalan syirik, sedangkan perbuatan itu adalah menyekutukan ALLAH.
Iman Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktikad dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak adalah sekutu bagi ALLAH.
Menurutnya, menyekutukan ALLAH jelas dianggap syirik walaupun penggunaan barangan tersebut dikatakan sebagai satu ikhtiar, tetapi tetap berdosa.
“Kenapa kita perlu melakukan perkara yang tidak dilakukan Nabi Muhammad SAW. Jika kita telah yakin dengan ALLAH, kita tidak perlu rasa was-was. Terus yakin, tidak perlu penggunaan tangkal, azimat atau apa sahaja pendinding dan pelaris.
“Kita hanya mohon pertolongan daripada ALLAH kerana Dia yang menciptakan kita,” katanya mengulas tindakan segelintir peniaga yang menggunakan ayat suci al-Quran kepada barangan seperti azimat, tangkal dan apa sahaja pendinding.
Aizi Saidi berkata, al-Quran bukan untuk dipamerkan tetapi diamalkan oleh semua umat Islam.
Katanya, jika hanya meletakkan ayat al-Quran di kedai, tetapi pemiliknya sendiri masih tidak mengamalkan amalan wajib termasuk solat tiada gunanya.
"Ikhtiar itu perlu iaitu dengan berusaha mencari rezeki halal dan mohon doa kepada ALLAH,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar umat Islam membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Rasulullah SAW agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anak mu semua.
“Insya-ALLAH dengan mengamalkan surah Al-Waqi’ah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
"Dengan izin ALLAH juga kita akan memperoleh rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan kurang bernasib baik,” katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, amalan membaca surah itu janganlah hanya berpaksikan kepada kekayaan dan kemewahan semata-mata, sebaliknya bacalah dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredaan.
“Bacalah surah ini dengan berserta niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakan amal ibadat dan jariah.
"Insya-ALLAH dengan niat yang suci ini, ALLAH akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah,” katanya.

No comments:
Post a Comment