06 June 2014

Mayat ditemui di Pulau Tioman disahkan Gareth David Huntley


Ujian DNA dan bedah siasat mendedahkan mayat yang dijumpai di Pulau Tioman adalah warga Britain Gareth David Huntley yang hilang sejak 27 Mei lalu. – Gambar fail, 6 Jun, 2014. Ujian DNA dan bedah siasat mendedahkan mayat yang dijumpai di Pulau Tioman adalah warga Britain Gareth David Huntley yang hilang sejak 27 Mei lalu. – Gambar fail, 6 Jun, 2014.Mayat yang ditemui di Pulau Tioman pada Rabu disahkan adalah Gareth David Huntley yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari yang lalu, lapor Astro Awani.

Bedah siasat dan sampel ujian DNA yang padan dengan ibu Gareth, Janet Southwell mengesahkan identitinya, menurut portal berita tersebut.
Gareth David Huntley dilaporkan hilang pada 27 Mei lalu selepas pergi bersendirian ke kawasan air terjun Lubuk Teja.
Pasukan pencari kemudiannya mendapati mayat seorang lelaki di Kampung Juara pulau tersebut, kira-kira 500 meter dari chalet penginapan Gareth di Pusat Perlindungan Penyu di kampung itu.
Ibu Gareth, Janet Southwell tiba di Kuantan pagi semalam. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Jun, 2014. Ibu Gareth, Janet Southwell tiba di Kuantan pagi semalam. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Jun, 2014.Ibunya Janet Southwell tiba pagi semalam di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan untuk mengenalpasti mayat yang dijumpai.
Bagaimanapun, punca kematian belum dapat dikenalpasti.
Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani, ia disebabkan keadaan fizikal mayat yang tidak sempurna, seperti yang dilaporkan Astro Awani. – 6 Jun, 2014 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mayat-ditemui-di-tioman-disahkan-gareth-david-huntley#sthash.gHF5PY40.dpuf

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive