"Bagaimanapun, akujanji ini lebih kerap berbanding tidak, hanya untuk setahun. Berikutan itu, institusi-institusi kewangan akan mengumumkan amalan pemusatan semula."
Tan memberi contoh penggabungan 2011 antara Hong Leong Bank dan EON Bank, segala-galanya kekal status quo dalam tahun pertama operasinya.
"Selepas itu, pengurusan bank mengumumkan ia memusatkan semula cawangan bank dan jabatan," kata Tan.
"Ini menyebabkan beberapa pekerja dipindahkan dari utara ke selatan dan sebaliknya," kata beliau sambil menambah sehingga 26 orang pekerja meletak jawatan kerananya.
Menegaskan NUBE bukanlah menentang penggabungan ini, Tan berkata: "Bagaimanapun, apa yang kami bimbang adalah sama ada kakitangan bank bagi ketiga-tiga institusi kewangan terjejas."
Tan berkata, jika ketiga-tiga institusi kewangan mempunyai cawangan di lokasi yang sama, secara logiknya, satu atau dua cawangan akan ditutup.
"Apa yang akan berlaku kepada kakitangan cawangan yang ditutup? Jelas sekali, bukan semua orang boleh diserap ke dalam cawangan operasi yang tinggal."
Tan berkata, ini adalah satu sejarah yang berulang, pertindihan pasti berlaku dalam pelaksanaan penggabungan itu.
"Mereka adalah tiga pertubuhan besar dan mahu bergabung. Ia boleh dilihat sebagai monopoli dalam bidang ini," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau berkata, beberapa persoalan timbul berikutan pengumuman hari ini, termasuk jika pemegang saham minoriti dalam tiga entiti mendapat manfaat sewajarnya daripada penggabungan itu.
"Mereka perlu melihat perkara ini. Dan mereka juga perlu menjawab sama ada akan terus menyediakan perkhidmatan berdaya saing kepada pelanggan.
"Dan selepas ini, adakah mereka akan meningkatkan harga perkhidmatan mereka, termasuk kadar faedah pinjaman, atau ia kini turun?" katanya.
Marimuthu berkata Fomca akan memantau penggabungan tiga bank dengan teliti dan memeriksa sama ada bank-bank melindungi hak dan keperluan pengguna mereka.
"Akan ada beberapa masalah awal apabila mereka bermula tetapi pengguna perlu dilindungi dalam hal ini," katanya.
Dalam satu kenyataan berasingan, jurucakap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata, penggabungan itu masih dalam peringkat awal dan penelitian terperinci masih dilakukan.
"Bagaimanapun, KWSP akan memastikan sebarang keputusan mengenai perkara itu akan dibuat demi kepentingan ahli dan selaras dengan prinsip pelaburan dan prinsip-prinsip tadbir urus yang ketat," kata jurucakap itu kepada The Malaysian Insider hari ini.
KWSP adalah pemegang saham utama dalam RHB Cap dan MBSB dengan pegangan 40.76% dan 64.73%. Ia juga mempunyai saham sebanyak 14.46% dalam CIMB.
KWSP akan muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam bank mega berikut penggabungan itu, dengan pegangan dianggarkan lebih daripada 25%. – 10 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persatuan-pekerja-bimbang-pembentukan-bank-terbesar-di-malaysia-jejas-kerja#sthash.XEw6KsRM.dpuf
No comments:
Post a Comment