17 July 2014

"ERA..apa faedah la ko jemput kakak stering lock ke konti? ... cheap publicity


Pendengar Marah Era FM Temubual Wanita 'Stereng Lock'

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 2:18 PM

Deejay Era FM iaitu Ray, bersama Kiki Kamaruddin. Gambar daripada laman web Era FM.
PETALING JAYA: Stesen Radio Era FM dihentam teruk oleh para pendengar gara-gara menjemput wanita yang gelar 'gadis stereng lock' iaitu Kiki Kamaruddin atau nama sebenar Siti Fairrah Ashykin untuk menjadi tetamu undangan menerusi segmen Johara Pagi Era.

Kebanyakan pengunjung laman sosial Facebook rasmi milik Era FM mempersoalkan tindakan stesen radio itu yang dikatakan memberi publisiti murahan kepada wanita yang bersikap kurang ajar terhadap seorang warga tua yang dikenali sebagai Uncle Sim dalam satu kemalangan kecil di Kuantan Pahang pada petang Isnin lalu.

Sehingga kira-kira pukul 1 petang Khamis, laman sosial Facebook Era FM yang mempunyai 1,432,046 likes itu menerima lebih 700 komen meluahkan rasa tidak puas terhadap setesen itu selepas mereka memuat naik posting dan rakaman video wanita berkenaan membuat permohonan maaf selain perbualannya dengan Uncle Sim yang dilakukan menerusi panggilan telefon.


Antara komen daripada pengunjung laman sosial Facebook Era FM.

Salah seorang pengunjung Facebook Nur Fatin berkata:"Stop making immoral & ignorant person into some famous instant artist. She Doesnt deserve this Era FM". 

Manakala Hani Amir berkata: "Amboi dah jadi viral baru nak minta maaf... I dont understand why Era invites this girl just for her to say sorry... lepas ni siapa sahaja buat salah dan jadi viral bolehlah Era jemput khas untuk cakap 'sorry'".

Bagi Mohd Faisal Rahmat: "Pihak rangkaian TV dan radio sangat gemar mengangkat martabat orang yang tengah dalam kes. Sah-sah nak kaut populariti. Cuba fokus pada kerja sedia ada,".

Pada segmen Johara Pagi Era yang dikendalikan oleh Hanif, Ray dan Elfira Loy itu, personaliti berkenaan telah menemubual Kiki Kamaruddin dengan tujuan memberi penjelasan dan memberi peluang membuat permohonan maaf secara terbuka secara eksklusif.

Sementara itu, Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran yang dihubungi berkata, pihaknya tidak dapat memberi sebarang komen buat sementara waktu kerana satu mesyuarat sedang dijalankan berhubung perkara berkenaan.

Selain Era FM, sebuah saluran radio berbahasa inggeris iaitu Hits FM juga turut menemubual wanita tersebut.

Rakaman video yang menyaksikan Kiki Kamarudin memaki hamun seorang warga emas iaitu Sin Siak Hong, 68, (Uncle Sim) gara-gara kemalangan kecil menjadi viral di laman-laman sosial apabila insiden itu dikecam oleh orang ramai yang menganggap wanita berkenaan bersifat kurang ajar terhadap individu yang lebih tua.

Dalam rakaman itu Kiki dilihat mengambil pengunci steren milik Uncle Sim lalu memukul kenderaan warga emas itu selain mengeluarkan kata-kata kesat termasuklah menuntut wang ganti rugi RM2,000.

2 comments:

Anonymous said...

JOM BOIKOT ERA FM & HITZ FM

Anonymous said...

Dengar pakcik tuh ckp agama keistian ajar memaafkan org.malunye kalau saya jadi kiki sedangkan agama Islam pun ajar bende yg sama. Jgnla buat mcm tuh oi.masa nih kamu muda. esok lusa tua mcm pakcik tuh juga. Sbb tuhla org agama len susah nk respek kita dek kerana budi bahasa kita juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive