17 July 2014

Khalid Samad mohon maaf kepada Sultan dan bersedia letak jawatan


SHAH ALAM 17 Julai - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini menyatakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah berikutan kemurkaan baginda terhadap cadangan beliau untuk menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Katanya, beliau telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor semalam dan sedang menunggu keputusan.

"Sekiranya selepas penjelasan itu, tuanku masih murka dan Parti (Pas) mengarahkan saya meletakkan jawatan demi kepentingan parti, saya akan lakukan," katanya ketika sidang akhbar di Pejabatnya di sini hari ini.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive