28 July 2014

Isu MB: Khalid Beri Bayangan Bubar DUN



Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 2:30 PM

PETALING: Peralihan kuasa di Selangor dilihat bakal berdepan situasi sukar apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu ditentukan oleh rakyat menerusi proses pilihan raya.


Menyedari ditolak partinya, beliau menegaskan, perubahan jawatan Menteri Besar negeri itu seperti yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat di negeri itu.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menyebut mengenai kemungkinan beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (DUN) diadakan sebagai salah satu cara mempertahankan kedudukannya
"Dalam bidang politik pentadbiran, pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya.
"Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat serta negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya umum," katanya melalui perutusan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 pada Ahad.

Sebelum ini banyak pihak meramalkan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan mengambil langkah untuk membubarkan DUN jika beliau dipaksa melepaskan jawatan.

Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.

Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor.

Mengulas lanjut Abdul Khalid mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi diraja sebagai pemerintah negeri.

"Sebagai peneraju kerajaan negeri yang terkaya dan termaju, saya wajar mengingatkan diri saya dan rakyat supaya kita menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Alang-alang aku nak terlingkup biar semua PR terlingkup dan selepas ini hampa pulun ambik lah kalau hampa ingat hampa boleh perentah lagi Selangor dengan Wan Azizah bakal jadi MB yang hampa nak sangat , janji aku dah puas hati yang hampa nak sangat aku berenti dari jawatan MB , PAS pun buta kayu nak sokong aku konon tapi bila kena ugut dengan Anuar dah mula fikiaq dua kali, tapi tak pa itu resam dalam politik hari ni kawan esok dah jadi lawan pula,kita tunggu bila aku jumpa Sultan nak bagi tau bukan nak minta pekenan Sultan kot-kot dapat sokongan dan sultan akan keluar pula perentah murka pada sesiapa yang nak pejatuh aku, kita tunggu dan tunggu sampai aku tebuka hati untuk nak letak jawatan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive