28 July 2014

Dejavu, PAS lakukan kepada PKR apa yang Umno lakukan pada PAS dulu

Begini kisahnya: Menteri besar sebuah negeri yang ditadbir satu kerajaan pakatan telah hilang keyakinan partinya sendiri yang mahu beliau ditukar.
Beliau tidak mahu letak jawatan dan partinya, yang menguasai Dewan Undangan Uegeri (DUN), mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya. Dua puluh wakil rakyat dari partinya mengundinya keluar, tetapi 14 wakil dari partinya bertindak keluar dewan kerana tidak setuju dengan penyingkirannya.
Namun, menteri besar masih enggan menyerahkan takhta, sebaliknya mahu DUN dibubarkan bagi membolehkan sebuah pilihan raya negeri diadakan. Kekecohan tercetus dan darurat diisytiharkan.
Tidak. Ini bukan tentang Selangor pada 2014, tetapi Kelantan pada 1977.
Menteri besar itu bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, tetapi Mohamad Nasir dari PAS.
Tetapi situasinya seakan hampir sama.
Seperti Khalid hari ini, Nasir hilang kepercayaan partinya – PAS. Dan seperti Khalid hari ini, Nasir tidak disokong oleh ahli partinya, tapi ahli parti rakannya – Umno dan MCA.
PAS menjadi mangsa pada 1977 kerana rakannya (Umno dan MCA) enggan mematuhi prinsip pakatan di mana parti yang layak mendapat jawatan menteri besar akan dapat hak penuh untuk menamakan calon pilihannya.
Pada 2014, PKR ialah mangsanya apabila presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lakukan kepada PKR apa yang Umno lakukan kepada partinya sendiri pada 1977.
Di sinilah ironinya, kerana pemimpin PAS selalu katakan mereka tidak akan lupakan atau maafkan Umno atas apa yang ia lakukan di Kelantan 37 tahun lalu.
Hilang ingatan di sini nampaknya menjadi satu kemudahan politik (“political convenience”).
Tapi, bagaimanapun, mungkin Hadi bukan hilang ingatan, tetapi memutuskan untuk mengikut skrip 1977 Kelantan pada 2014 untuk mendapatkan jawatan menteri besar Selangor dari parti rakan.
Sesetengah ahli PAS menganjurkan 15 wakil rakyatnya di Selangor boleh bergabung dengan Khalid, seorang lagi wakil rakyat PKR mungkin, dan 12 wakil rakyat Umno, bagi membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di negeri terkaya di Malaysia ini.
Tetapi, adakah semua dalam PAS Selangor akan setuju? Mahukah mereka bekerjasama dengan Umno? Dan mahukah PAS ikut jejak langkah Umno dan menegaskannya kepada PKR seperti apa yang Umno lakukan kepada PAS pada 1977? – 28 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dejavu-pas-lakukan-kepada-pkr-apa-yang-umno-lakukan-pada-pas-dulu#sthash.Wi54lqzb.dpuf

3 comments:

Anonymous said...

X perlu salahkan pas atas kelemahan pkr.

Anonymous said...

Tanpa PKR dan DAP percayalah PAS tak boleh berkokok seperti sekarang. Hormatilah setiakawan bukan makan kawan.

Anonymous said...

Apakah Selangor akan lebih baik dri sekarang jika TSKI digantikan dengan MB baru??? Apakah pemerintahan MB baru dari (PKR) akan lebih bersih dan lebih telus dan lebih berintegiri dari yg ada sekarang? Apakah MB baru dapat meyakin dan menjamin keselesaan hidup rakyat Selangor lebih dari yang ada sekarang? Janganlah kerana ketamakan kuasa seorang pemimpin yang gagal menguaai Putrajaya maka tergadai Selangor akhirnya.PK perlu ingat kuasa yg ada pada mereka hanyalah sementara
Penghujungnya nanti kuasa itu akan
berpindah ke pihak lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive