03 July 2014

Khalid Ibrahim Bidas Serangan Shamsul Iskandar

alt

KUALA LUMPUR 3 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas kenyataan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin yang mendesak agar beliau melepaskan jawatan yang disandangnya.

Beliau berkata, tindakan Shamsul tidak membantu Pakatan Rakyat (PR) dalam memperkukuhkan keyakinan rakyat untuk kekal mentadbir Kerajaan Negeri Selangor di masa akan datang.

“Saya rasa kepimpinan kita mestilah bertanggungjawab dan menunjukkan kematangan kerana Parti Keadilan adalah sebahagian daripada PR.


"Kita ingin menunjukkan sebagai satu kumpulan parti yang boleh bersaing dengan BN dalam apa juga bentuk dan mempunyai keupayaan jika dipilih oleh rakyat untuk memerintah negara,” katanya.

Khalid juga bertegas akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor dan enggan memberikan sebarang maklumbalas terperinci berhubung isu tersebut.

“Soalan spekulasi seperti ini bukan menguntungkan sesiapa pun, jadi saya rasa saya tidak ada komen,” katanya di dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Khalid turut menegur Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin agar lebih matang dalam mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak memberi kesan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Beliau juga yakin bahawa kesemua ADUN PR dan Exco Kerajaan Negeri masih memberikan sokongan terhadapnya dalam meneruskan khidmat bagi jawatan tersebut.

“Saya yakin dengan sokongan ADUN-ADUN PR dan juga barisan Exco yang masih menyokong. Ini adalah mandat dari rakyat. Ini bermakna rakyat memberikan amanah kepada wakil-wakil Dewan Negeri menjalankan tugas a dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

1 comment:

Anonymous said...

Tegur menegur tu bagus. Kalau tak tegur langsung jadilah macam Kedah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive