01 July 2014

Penggambaran 'Naked and Afraid', Kerajaan patut tegas laksanakan peraturan

Oleh: LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 1 JUL: Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) ternyata gagal menjalankan fungsinya apabila Malaysia menjadi lokasi program realiti, Naked and Afraid.
Exco Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, jawatankuasa di bawah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia itu sebenarnya berkuasa menolak permohonan mana-mana syarikat luar yang tidak menetapi syarat ditetapkan.
disApalagi, katanya, penggambaran yang dijalankan mengandungi aksi menjolok mata yang tidak bersesuaian dengan prinsip moral dan etika yang wujud dalam negara ini.
“Kesal dan sedih kerana isu ini berlaku walaupun wujud jawatankuasa khas dan garis panduan yang jelas bagi memastikan sesebuah penggambaran di dalam negara ini dibuat dengan lunas undang-undang yang betul dan mengikut prinsip moral dan adab yang betul.
“Ia memberi gambaran bahawa seolah-olah undang –undang negara ini sewenang-wenangnya boleh diabaikan oleh warganegara asing yang melakukan aktiviti mereka di sini,” katanya dalam satu kenyataan.
Program ‘Naked and Afraid’ yang disiarkan oleh Discovery Channel dalam episod ‘The Pain Forest’ yang disiarkan pada 13 April 2014 di Amerika Syarikat turut menjalankan penggambaran di Malaysia.
Walaupun rancangan terbabit hanya untuk tayangan di Amerika Syarikat, namun klip promo rancangan terbabit tersebar luas di laman YouTube.
Sehubungan itu, Afnan menggesa Kerajaan mengambil langkah tegas dan efisien bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang pada masa hadapan.
“Penting bagi pihak berkenaan memastikan warga asing menghormati undang-undang di sini atau “law of the land” supaya nama dan imej baik negara dapat terjaga dengan baik,” katanya lagi.
Difahamkan, rancangan berbentuk survival itu memaparkan dua peserta lelaki dan wanita yang dipertemukan buat kali pertama dan mereka dikehendaki tinggal bersama di hutan selama 21 hari dalam keadaan bogel.
Mereka dikehendaki hidup bersama, mencari sumber makanan dan minuman serta mencari tempat perlindungan di dalam hutan.
Penggambaran rancangan terbabit dipercayai dijalankan di Hutan Royal Belum, Perak berdasarkan logo sebuah syarikat ternama pada bot yang digunakan oleh peserta.
Apa yang mengejutkan, ini ialah kali kedua penggambaran rancangan tersebut dibuat di Malaysia di mana pada episod sebelumnya lokasi penggambaran adalah di kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak).- Selangorkini
EZY

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive