01 July 2014

PDRM 'samseng' dan ganas ketika bertugas - Peserta Himpunan Hijau

alt
KUALA LUMPUR 1 Julai - Rata-rata peserta Himpunan Hijau 622 yang menuntut penutupan loji kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan menuduh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai 'samseng' dan ganas ketika bertugas.

Salah seorang daripada 16 peserta yang ditahan, Ho Kam Huat berkata, beliau dipukul kira-kira 10 orang anggota polis tidak beruniform sehingga pengsan menyebabkan otaknya bergegar.

"Saya ditendang dan dipukul dengan sangat kuat dikepala. Saya hanya sedar diri setelah dibawa ke hospital dan mengalami gegaran pada otak akibat pukulan di kepala semasa ditangkap polis," katanya kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) James Nayagam di sini, hari ini.

Sehubungan itu satu memorandum diserahkan oleh peserta Himpunan Hijau 622 kepada SUHAKAM berhubung dakwaan keganasan melibatkan pasukan PDRM ketika menangani perhimpunan tersebut.
alt

Antara yang terkandung di dalam memorandum tersebut adalah menggesa SUHAKAM melaksanakan penyiasatan awam dan terbuka (public inquiry) terhadap kesalahan dan tindakan polis yang ganas pada Himpunan Hijau 22 Jun 2014.

Selain daripada itu, beliau turut mendesak kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pihak polis yang melakukan kesalahan dan tindakan melampau mereka ke atas para peserta seterusnya mengumumkan keputusan penyiasatan awam dan terbuka serta memastikan laporan boleh diakses oleh orang awam.

Sementara ketika ditanya pegawai SUHAKAM Intan Adnan kepada para peserta samada perhimpunan tersebut dimaklumkan kepada pihak PDRM, salah seorang dikalangan penganjur memberitahu mereka hanya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak media sahaja.

Sebelum ini seramai 1000 orang peserta dikatakan menghadiri bantahan yang menuntut penutupan operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang. Bantahan tersebut diadakan kerana beranggapan loji tersebut mengandungi bahan radioaktif yang dikenali sebagai Thorium (TH). TH pula merupakan bahan toksik untuk mengantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

Namun yang demikian, projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) itu merupakan projek kerajaan yang telah dimanipulasi dan dijadikan isu serta modal politik pembangkang sehingga manfaatnya yang besar tidak lagi dipedulikan.

Bahkan Ahli Parlimen Hulu Langat PAS (ketika tahun 2011) Dr Che Rosli Che Mat yang terkenal dengan ilmu sainsnya pernah menolak dakwaan-dakwaan tidak berasas yang dimainkan rakan-rakan terutamanya di dalam parti DAP.

1 comment:

firdaus mansor said...

Laa apa pulak kaitan dgn pas.....balek balek pas yg di salahkan....umno ni bangang ke ape?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive