16 July 2014

Pengguna Internet gempar lelaki bunuh diri di pusat membeli-belah Bangsar



Berita mengenai seorang lelaki berumur 26 tahun yang dilaporkan terjun dari tempat tinggi di sebuah pusat membeli belah di Bangsar selepas bergaduh dengan ibunya beberapa jam lalu kini tersebar luas di laman media sosial.
Kebanyakan pengguna Internet mula berkongsi berita tentang insiden tersebut di laman Twitter masing-masing.
Mangsa, Alif Alexandre Faizal Weber, dipercayai terjun daripada tingkat empat pasaraya berkenaan dan kemudiannya jatuh di hadapan premis Morreli Gelato kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Lelaki itu dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penolong Ketua Pesuruhjaya Polis Brickfields Muhammad Az-lee Abdullah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
Beliau juga berkata Alif yang merupakan pelajar universiti selama dua tahun sebelum gugur taraf, serta menghadapi gangguan psikologi.
Dalam mesej Whatsapp, Az-lee berkata Alif menghadapi gangguan psikologi selama setahun sebelum mula mendapatkan rawatan.
"Dia tidak bekerja and menghabiskan semua masanya dengan ibunya, walaupun untuk beriadah atau aktiviti lain."
Dua orang staf Bangsar Shopping Centre ternampak ibu Ali cuba menghalangnya daripada terjun, tetapi gagal.
Mayat Alif dihantar ke Hospital Universiti Malaya untuk bedah siasat. – 16 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengguna-internet-gempar-lelaki-bunuh-diri-di-pusat-membeli-belah-bangsar#sthash.OSDU7JqB.dpuf

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive