14 August 2014

Adun PAS belot akan dikenakan tindakan keras

14 OGOS: PAS Selangor menyifatkan dua Ahli Undangan Negeri (Adun) parti itu sebagai pemimpin gelojoh dan taksub kerana menyokong `membabi buta’ terhadap Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru bagi menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Susulan itu Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya akan mengenakan tindakan sewajarnya ke atas Adun PAS Ulu Kelang, Mohd Saari Sungib dan Adun PAS Morib, Hasnul Baharuddin yang didapati membelakangi pendirian parti.
Saari, Hasnul diarah tarik balik sokongan terhadap Wan Azizah
Saari, Hasnul diarah tarik balik sokongan terhadap Wan Azizah
Bagaimanapun PAS Selangor memberi tempoh sehingga esok kepada kedua-dua Adun terbabit segera menarik semula sokongan mereka terhadap Wan Azizah.
“PAS Selangor memberi mereka (Hasnul dan Saari) tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi tindakan.
“PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan majlis syura ulamak yang harus kita patuh.
“Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan. Bukankah PAS pusat akan bermesyuarat pada 17hb ini?,” katanya di dalam satu kenyataan yang diedarkan, hari ini.
Terdahulu dua Adun PAS didapati menyertai 28 Adun PKR dan DAP bagi menyatakan sokongan kepada pendirian PKR yang menamakan Wan Azizah bagi menggantikan menteri besar sedia ada.
Tindakan Hasnul dan Saari didapati membelakangi parti kerana pimpinan PAS Pusat belum membuat keputusan berkaitan pertukaran kuasa menteri besar Selangor.
“Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17hb ini. Sebab itu kita kena sabar.
“Saya nasihati kedua Adun ini tarik balik tindakan atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang dilafazkan sewaktu menjadi calon,” tambah beliau lagi.


Beliau juga berkata, PAS Selangor akan bertindak ke atas dasar pengkhianatan jika mereka enggan menarik balik pendirian esok. 

4 comments:

Anonymous said...

Ya Allah...kau hancurkanlah pengkhianat2 jemaah Pas kami. Aamiiiin.

Unknown said...

Hangpa x besa kena tahan ISA, sedaplah kata nak kenakan tindakan keras.

Anonymous said...

Kalau "mesra" macam ni, ISA pun tak gi ke depa!

Anonymous said...

Ya Aĺlah, peliharalah kami dari mereka yang suka memfitnah pil kuda dan menghidap penyakit alwahn (cinta dunia dan takut mati) di dalam PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive