18 August 2014

Anak Jati Selangor tolak Wan Azizah

SHAH ALAM: Sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai Anak Jati Selangor memberi amaran akan berpaling tadah sekiranya Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui kepemimpinan kerajaan negeri.
Wakil kumpulan berkenaan, Mohd Kamal Hasbi, berkata Pakatan Rakyat (PR) harus sedar bahawa golongan muda adalah golongan pengundi terbesar pada Pilihan Raya Umum.
Katanya, mereka akan menerima siapa juga calon Menteri Besar asalkan calon berkenaan adalah warga Selangor.
"Kami membantah sekeras-kerasnya sekiranya Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar kerana beliau bukan anak jati negeri ini.
"Kami mahukan anak Selangor yang mentadbir negeri ini. Sekiranya suara anak muda seperti kami tidak diendahkan, gerakan anak muda Selangor akan bertindak dan jangan menyesal dengan tindakan mereka ini," katanya ketika ditemui di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini.

2 comments:

Anonymous said...

Ni mesti anak jati yg pelajaran tak tinggi. pendek akal. kita nak good governence dan demokrasi bukan isu anak selangor ke tak.

Anonymous said...

Aku dah tak respek Anwar lagi. Memang betul parti anak beranak. Apa dah takde lagi ke anak jantan lain yg lebih layak dari bini dia. Lepas bini, anak pulak sampai ke cucu lah kepingin jawatan mb. Yg Anwar masih berangan nak jadi PM. Semuanya utk kepentingan sendiri. Kalau dia bole sekati suruh Khalid letak jawatan mb, cuba pikir kalau dgn rakyat dia bole buat sesuka hati jer.. No more PR for me..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive