14 August 2014

Azizah Umum Majoriti ADUN Selangor Tentang Khalid

alt
SUBANG 14 Ogos - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini mengumumkan beliau mendapat sokongan penuh majoriti ADUN Selangor untuk menjadikannya sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Azizah, jumlah majoriti tersebut selepas mengambil kira dua ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bersama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Jelasnya, beliau kini layak menjadi menteri besar setelah mendapat sokongan majoriti mudah ADUN Selangor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive