13 August 2014

Exco dipecat tetap mahu masuk pejabat esok [hari ini]



Kesemua exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini akan tetap datang kerja esok selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim berkata surat tersebut bukan rasmi kerana menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar dan tidak disertakan arahan dari Istana.

Beliau juga mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim belum lagi menghadap Sultan untuk mendapat perkenan baginda mengenai pemecatan itu.

"Mengikut Artikel 53 (7) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri pelantikan Exco dibuat Sultan Selangor atas nasihat menteri besar oleh itu hanya Sultan Selangor sahaja berkuasa tamatkan khidmat ahli Exco.

"Hari ini menurut surat menyatakan sultan Selangor telah 'bersetuju' tamatkan perkhidmatan kami.

"Beliau (Khalid) guna perkataan bersetuju, bukan perkataan 'diperkenankan'," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR tadi.

Khalid hari ini menghantar surat pemecatan kepada lima Exconya, tiga dari DAP dan dua dari PKR kerana mendakwa kesemua tidak bekerjasama dengan partinya.

Seorang lagi Exco - Rodziah Ismail masih belum mendapat surat kerana masih berada di luar negara.

Semalam Khalid berkata beliau akan menemui semua Exco untuk mengetahui kesanggupan mereka untuk bekerjasama dengan "pasukan menteri besar."

Bagaimanapun keenam Exco PKR dan DAP membuat kenyataan hari ini untuk mengekalkan jawatan mereka tetapi tidan mahu menemui Khalid kecuali dalam mesyuarat mingguan Exco.

Menurut Teng bagaimanapun beliau tidak akan menghadiri mesyuarat Exco esok kerana dimaklumkan demikian oleh Khalid.

"Kami diminta tidak menghadiri mesyuarat Exco.

"Kami akan tetap datang dan membuat kerja di pejabat kami," kata beliau.

Sementara itu Elizabeth Wong dan V. Ganabatirau yang turut bersama dalam sidang media mendakwa terkejut tidak diberitahu langsung oleh Khalid untuk menemuinya sepanjang hari ini.

"Tiada notis, tiada panggilan telefon atau SMS memaklumkan (untuk bertemu kami," kata Wong.
 

2 comments:

Haji Jamaludin Haji Ariffin said...

Dengan Nama Allah SWT
Allah Hu Akhbar .... Bila time Khalid Ibrahim kena pecat sibuk kata khalid Ibrahim tak hormat perlembagaan atau itu ini lah.Hinggakan kata TSKI menteri besar Selangor sebagai MB Peralihan pula ??? Hinggakan tidak di beri peluang untuk memberi jelas akan tidak keadilan buat TSKI . Tapi bila exco Selangor kena pecat riuh habis kata TSKI tak ikut perlembagaan atau tak betul tindakkan TSKI memecat exco nya. Dah sultan Selangor kekalkan TSKI sebagai menteri Besar buat rakyat negeri Selangor ... kenapa exco nya menderhaka titah Baginda terhadap menteri Besar pilihan Sultan Selangor ??? Mari kita rujuk kekata Datuk Teng dari DAP dengan mengata yang beliau tidak akan dengar arahan Menteri Besar Selangor , beliau hanya dengar dari arahan parti nya ( DAP ) ini bermakna selama ini Datok Teng dan exco lain hanya kerja untuk partinya bukan untuk Rakyat Selangor . Ini kah cara mereka ( exco/adun PKR dan DAP bekerja ??? Moga moga pihak berwajib FRU dan sekeruti tangkap orang orang yang telah di pecat dari jawatan mereka. Masukkan mereka kedalam lokap kerana biadap tak dengar arahan Menteri Besar TSKI dan Sultan Selangor. Apakah Exco dan Adun PAS Selangor masih nak jadi barua DAP dan PKR seperti berlaku di Negeri Perak ??? Di Pulau Pinang tidak ada satu jawatan Exco pun di beri kepada Adun Pas ? Kenapa Exco dan Adun Pas selangor nak ikut cakap atau takut dengar unggutan DAP dan PKR , walhal sepatutnya takut akan kemurkaan Allah SWT bukan takut denga Dap atau PKR .
InsyaAllah TSKI akan dapat jimat duit rakyat Selangor dengan memecat Exco yang derhaka kepada Sultan Selangor ( Gaji Exco RM 20250.00 X 6 ( Exco PKR & DAP ) = RM 121,500.00 sebulan dari beri gaji buta kat exco yang derhaka kepada Sultan Selangor . Sampai bila PAS nak jadi baruan DS Anwar Ibrahim ????? Dulu Alhamdulilah Tuan Guru Nik Aziz memerintah Negeri Kelatan dengan baik tanpa bantua atau pertolongan DS Anwar Ibrahim. Atau TGNA bukan barua DSAI.

Anonymous said...

Time pecat org...suruh org kuar..time sendiri kene pecat....pusong2 daaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive