12 August 2014

PAKATAN RAKYAT kehilangan Selangor

Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bermasalah selama ini memecat kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PKR dan DAP.
Lima daripada exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.
Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan empat Exco PAS dalam kerajaan negeri Selango
Tidak diketahui sama ada kepimpinan PAS sedar mengenai pemecatan ini serta pendapat mereka tentang isu ini.
PAS menegaskan keputusannya tentang menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan dibuat pada 17 Ogos.
Kepimpinan PKR dan DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dan dijangka akan menyatakan pendirian mereka selepas mesyuarat.
Selain Rodziah, lima yang menerima surat pemecatan adalah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah dari DAP dan Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi dari PKR.
Khalid berkata, keputusan memecat 6 exco terbabit dibuat kerana mereka membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok yang bertujuan mengurangkan kecekapan kerja.
"Oleh itu saya minta dan tulis surat kepada Sultan Selangor supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya sebagai exco kerajaan.
"Bagaimanapun saya belum menulis kepada Rodziah kerana berasa beliau berada di luar negara," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam hari ini.
Empat exco yang dikekalkan daripada PAS ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi. – 12 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-kehilangan-selangor-khalid-pecat-exco-pkr-dan-dap?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.c8sD84Re.dpuf


2 comments:

Anonymous said...

Apa habuan yang di janjikan kepada Anuar dengan meruntuhkan PR di Selangor ya ??? Apakah pembebasan dari sabitan liwatnya itu ???

Anonymous said...

Padanlah muka akibat kebodohan pemimpin pkr!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive