06 August 2014

Guan Eng: Kasino pun haram di P Pinang, inikan pula pesta bogel

KUALA LUMPUR 6 OGOS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas tuduhan bahawa kerajaan negeri yang ditadbir DAP mempunyai kaitan dengan kegiatan sukaneka bogel di Teluk Bahang yang menjadi perhatian di laman sosial.
Menurut Guan Eng, pihaknya tidak mengetahui berkenaan aktiviti tidak bermoral itu walaupun jelas berlangsung di Pulau Pinang.
Katanya, apa yang pasti sebarang aktiviti menyalahi undang-undang adalah tidak dibenarkan seperti kes pembinaan kasino yang dilarang keras di negeri itu.
“Satu perkara yang pasti, Pulau Pinang tidak membenarkan kasino, jadi bagaimana kita boleh membenarkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang diadakan?
“Jika didapati bahawa individu beragama Islam terbabit, pihak berkuasa agama negeri akan melihat perkara ini, tetapi jika bukan Islam, maka perkara itu perlu disiasat polis,” kata Guan Eng pada sidang media semalam, seperti dilapor The Rakyat Post.
bogelBeberapa blog Umno menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh Kerajaan Pulau Pinang terbabit dengan aktiviti keji.
Salah satu blog terbabit turut menuduh Guan Eng menggalakkan kegiatan tidak bermoral itu dengan mengaitkan hubungan rapat antara beliau dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Video kontroversi yang tersebar di internet itu pula menunjukkan kegiatan nudis yang antara lainnya membuat aktiviti mengecat badan, dan pertandingan menari serta sukaneka dalam keadaan bogel.
Video berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan peserta berasal dari mana, namun majoriti mereka kelihatan seperti warga Asia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62310

Pesta bogel: Chalet diwarta hanya untuk pegawai awam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoal mengapa Chalet yang diwartakan hanya untuk pegawai awam oleh Kerajaan Pesekutuan itu dibenarkan digunakan oleh pihak luar untuk mengadakan pesta sukan bogel.

"Inilah kwsn diwartakan kerjn Persekutuan yg chalet utk pegawai awam shj.Macam mana boleh bagi sama org luar guna...?", tulisnya di Twitter.

Tulisan itu turut disertakan dengan sekeping gambar papan tanda 'Teluk Kampi Trail, Taman Negara Pulau Pinang'.

Di Twitter tersebut, beliau turut diminta oleh pengikut beliau agar mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

Dalam reaksinya, Lim berkata kerajaan negeri telah memaklumkan kes itu kepada pihak polis.

"Pls give the Forestry Dept n Fed govt Ministry time 2 investigate n rpt.

"Takkan kerjn negeri akan benarkan aktiviti ini, bila kasino pun tak dluluskan?," katanya lagi.

Beberapa blog Umno sejak kelmarin menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti keji.

Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan aktiviti berbogel termasuk mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka. - HARAKAHDAILY 6/8/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive