06 August 2014

Isu MB: Tindakan Saifuddin tidak bijak... - Khalid Samad

Umum tahu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad antara pemimpin PAS yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tapi AJK PAS Pusat yang lantang itu nampaknya tidak senang dengan tindak-tanduk 'lebih sudu dari kuah' beberapa pegawai Anwar di ibu pejabat PKR berkaitan isu penyingkiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Khalid yang diminta mengulas tindakan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution yang menyerang isu intergriti Abdul Khalid sebagai tindakan kurang bijak.
Hal itu berikutan, serangan terbabit akan memberi persepsi kepada rakyat bahawa parti itu hanya bersedia mendedahkan penyelewengan seseorang pemimpin apabila mahu melaksana proses penyingkiran.
“Ini seakan memberi gambaran jika betul ada penyelewengan dan kalau pemimpin itu masih dikehendaki, kita akan sorokkan penyelewengannya daripada pengetahuan rakyat.
“Rakyat akan melihat keadaan ini, yang mana kita serupa dengan Umno,” katanya dalam sidang medianya di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, Selasa.
Beliau berkata, PKR harus mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP terlebih dahulu bagi menentukan langkah seterusnya.
Seharusnya, perkara ini dibentangkan dahulu kepada PAS dan DAP untuk tindakan selanjutnya, sebelum memanggil Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan beliau.
“Mungkin dalam perbincangan itu juga boleh mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan isu kerusi Menteri Besar,” katanya.
Sementara itu, tidak seperti yang dijanjikan lebih 50 muka surat semalam... PKR pada Isnin hanya menyenaraikan enam sebab mengapa Abdul Khalid harus disingkirkan dari jawatan menteri besar Selangor, untuk meyakinkan PAS dan DAP calon lebih baik? diperlukan untuk memimpin negeri terkaya itu.
Dalam laporan diserahkan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), PKR mengatakan integriti Khalid dipersoalkan apabila hutang RM66.67 juta menteri besar penggal kedua itu diselesaikan di luar mahkamah, perjanjian tanah meragukan dengan pemaju, projek Lebuh Raya Kidex, perjanjian penstrukturan air dengan Putrajaya, isu berkaitan kenaikan yuran lesen perniagaan, isu pungutan sampah dan jalan berlubang.-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive