30 August 2014

Isu nepotisme: MP PAS Temerloh terus asak Anwar

Tak surut juga, kekecewaan sebahagian besar pemimpin PAS terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun saga kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sudah masuk minggu yang ke lima.
Yang paling ke depan meluahkan kenyataan secara terbuka adalah bekas Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.
Ahli Parlimen Temerloh itu meneruskan kritikannya atas amalan nepotisme, yang kini menjmenjadi tumpuan dalam isu pencalonan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor.
Dalam tulisannya di Facebook, MP Temerloh itu mempersoalkan sikap PAS dalam menangani isu tersebut pada masa ini, memandangkan parti Islam tersebut pernah terpalit dengan masalah sama pada 2009.
Beliau merujuk kepada isu pelantikan menantu kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan pada 2009 ke jawatan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Katanya, menantu Nik Aziz itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman terpaksa berundur selepas pelantikan ke jawatan berkenaan mencetus kontroversi.
“Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini?
“Atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu (Nik Aziz), tidak kepada yang lain?,” soalnya dalam tulisan di Facebook.
Dengan sinis, beliau seterusnya menyatakan bahawa PAS sepatutnya sudah boleh menerima amalan nepotisme ketika parti Islam tersebut menghadapi isu pelantikan Ariffahmi.
“Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baru sekarang? Sepatutnya ia sudah diterima pada lima tahun yang lalu.
“Barangkali lima tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme di hari ini,” katanya.
Dalam kenyataannya di laman itu, beliau turut memuatkan pautan ke satu video berhubung kenyataan timbalan presiden PKR Azmin Ali, mengenai isu pemilihan calon untuk jawatan tersebut.
Pada Jumaat, AJK PAS Pusat itu pula secara sinis membidas tindakan Anwar mencalonkan isterinya sebagai calon tunggal MB Selangor.
Beliau berkata, ada pendapat tokoh ulama yang menolak wanita menjadi pemimpin utama bagi kerajaan negeri.
“Berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulama melantik wanita bagi mengetuai sebuah kerajaan negeri sebagai perkara biasa.
“Tetapi apabila ada pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi menteri besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah satu perkara luar biasa,” katanya.
Semalam Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, keputusan menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.
Dia itu juga mahu semua pihak, termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.
Manakala pada Rabu lalu, pihak istana dilaporkan menitahkan supaya parti-parti komponen Pakatan untuk mengemukakan lebih banyak nama calon menteri besar sebelum atau pada 3 September ini.
Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas akan hanya menyokong Dr Wan Azizah untuk jawatan itu.-30/8/2014

1 comment:

Anonymous said...

Din hasan dah sampai climax.........itu saja yg boleh dikatakan. Takan sampai nak join umno kot kalau ye pun. Dulu tuang Presideng juga yg kata siapa yg bersesongkol dgn ameno kapir! Hari ni puak2 mufti arab saudi dalam Pas pulak yg beria2 nak join.....he he he.....puak ni bukang pro ulamak tapi lebih mirip kepada puak pro kabilah badawi. Puak pro baduin.......dey din, yeena podah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive