09 August 2014

'Khalid sudah tak layak jadi MB'


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Sivarasa Rasiah berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah tidak layak menjadi menteri besar kerana hilang kepercayaan majoriti dewan negeri Selangor selepas dipecat PKR.

Ini kerana, mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor seorang menteri besar haruslah mempunyai sokongan majoriti ADUN Selangor, katanya.

"Dari segi undang-undang tubuh, beliau (Khalid) tidak ada majoriti lagi di DUN Selangor jadi jelas beliau tidak lagi memiliki majoriti dan sokongan di selangor.

"Bagi saya dia tidak ada pilihan kalau dia diminta letak jawatan oleh ADUN," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Sivarasa bagaimanapun mengakui bahawa Khalid masih memegang jawatan menteri besar secara sah.

Katanya, Khalid hanya boleh dipecat oleh Sultan Selangor atau melalui undi tidak percaya dari ADUN.

Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengulas mengenai satu surat injunksi dari peguam Khalid yang dihantar semalam kepada parti.

Beliau menjelaskan, surat itu tiada kaitan dengan isu pemecatan Khalid.

"Surat (injuksi peguam) itu tak relevan kepada isu pokoknya iaitu pemecatan Khalid. Arahan yang jelas dari parti yang mencadangkan Wan Azizah sebagai menteri besar diingkari Khalid.

"Kita nampak dalam surat itu tunjukkan 'pengingkaran secara terbuka'. Beliau diminta secara baik unyuk undur tapi tidak berundur," kata beliau.

Sidang media itu turut dihadiri pengerusi Lembaga Disiplin PKR yang mengumumkan bahawa Khalid dipecat dari menganggotai parti itu, berkuatkuasa serta merta hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

Jd yg layak hanya lahhhhhh Anwar dan keluarga nya dan kroni2 nya...!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive