09 August 2014

MB terima keputusan PKR, akan dapatkan nasihat DYMM Sultan Selangor


Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.
Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang telah saya cabuli.
mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLSaya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.
Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.
Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.
Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar  mengikut kemampuan saya.
Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.
TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive