04 August 2014

Nazri: Perbicaraan 'palsu' MH17 tanpa penjenayah



Bekas menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak dapat menjalankan perbicaraan dalam kes tembakan jatuh MH17 kerana hanya akan dianggap sebagai perbicaraan “palsu”.

Katanya, perkara itu tidak mungkin kerana pesalahnya akan menghadiri perbicaraan kes pesawat yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu akan hadir ke mahkamah negara ini.

“Kita tidak boleh bawa pemberontak ke sini untuk dibicarakan, dan jika mereka tiada di sini untuk dibicarakan, ia hanya akan menjadi perbicaraan palsu,” kata Nazri, menteri kebudayaan dan pelancongan, kepada Malaysiakini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri semalam dilaporkan berkata, Malaysia dan Ukraine bukan anggota Mahkamah Jenayah Anrabangsa (ICC), berbanding Belanda yang merupakan anggota ICC.

"Negara perbicaraan masih belum ditentukan lagi, masih bergantung kepada keputusan siasatan lagi. Jika keputusan siasatan mendapati lebih baik dilakukan (perbicaraan) di Malaysia, dalang akan didakwa di negara ini.



"Kalau keputusan siasatan mendapati lebih baik didakwa di negara lain terutama Belanda, jadi kita serahkan kepada Belanda, yang penting keputusan memilih negara perbicaraan akan memberi faedah semua mangsa nahas tersebut," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya semalam.

Nancy bagaimanapun berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang kini mewakili Malaysia dalam jawatankuasa menyiasat nahas MH17 itu tetap mengkaji pilihan terbaik sama ada mengambil tindakan membicarakan dalang di dalam atau luar negara.

"Walaupun Malaysia bukan anggota ICC, tindakan terhadap dalang masih boleh dilakukan di negara ini. Kita ada peruntukan tertentu antaranya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.- malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive