Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau tiada rancangan untuk membuat lantikan baru bagi menggantikan exco DAP dan PKR yang dipecatnya semalam.
Katanya, cadangan melantik exco daripada Umno juga tidak ada buat masa ini.
"Buat masa ini belum buat keputusan, sebenarnya keputusan untuk menambah penyertaan ahli exco perlu mendapat perhatian dan kelulusan sultan.
"Itu tidak ada (cadangan lantik Exco Umno), saya akan berbincang dengan ahli-ahli exco yang bersama saya dan juga saya akan membuat perbincangan dengan DYMM Sultan Selangor.
"Buat masa ini, perkara ini tidak berbangkit," kata beliau, dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor di Shah Alam hari ini.
Khalid hari ini mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dengan kehadiran empat anggota exco PAS.

No comments:
Post a Comment