07 September 2014

Apakah hikmah wujudnya parti serpihan PAS?

KUALA LUMPUR: PAS akan tetap teguh kerana berkali-kali telah terbukti sebagai parti yang tidak mudah untuk dihapuskan, tulis Aspan Alias.

Malah, menurutnya setelah beberapa kali kejadian wujudnya parti serpihan berlaku PAS telah menunjukkan yang ia adalah parti yang tetap di hati sebahagian besar rakyat yang beragama Islam dan Melayu.

Menurutnya lagi, malahan serpihan kepada PAS nyata telah kehilangan sokongan ramai dan parti-parti serpihan itu kini hanya tinggal pada nama sahaja.  

"Tidak kita ketahui sama ada parti-parti serpihan itu telah menghantar laporan tahunan kepada pendaftar pertubuhan dengan sempurna.

"Apakah hikmah dari kejadian seperti ini?" tulis beliau di dalam blognya, semalam. 


Hikmahnya, bagi beliau ialah semua mereka yang tergulung kepada pemimpin dan ahli-ahli yang tidak setia kepada parti akan keluar dari parti itu.

Ini, ujarnya merupakan pembersihan kepada PAS dan ia adalah biasa dalam mana-mana parti di negara ini. 

"Seperti tubuh manusia, tubuh kita akan menjadi lemah dan tidak sihat jika dalam tubuh kita di penuhi dengan ‘toxic’ yang akan membuatkan tubuh kita tidak sihat dan menghadapi berbagai-bagai penyakit pada masa yang akan datang," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive