09 September 2014

iPhone 6 dan iWatch, antara pengumuman menarik oleh Apple


iPhone 6 dan iWatch, antara pengumuman menarik oleh Apple
Berdasarkan laporan, iPhone 6 mungkin datang dalam dua versi iaitu skrin berukuran 4.7 inci atau 5.5 inci yang diperbuat dari kaca sapphire


Apple bakal mengadakan acara khas mengenai telefon pintar terbaharunya, iPhone 6 lewat malam ini yang akan turut menyaksikan pengenalan teknologi terkini produk syarikat itu termasuk iWatch dan iPad Air.


Menurut The Economic Times, terdapat sekurang-kurangnya enam ciri penambahbaikan pada model terbaharu itu termasuk ciri sesentuh TouchID, paparan skrin yang lebih besar, kamera sehingga 13 megapiksel, reka bentuk baharu, teknologi tanpa wayar yang lebih canggih, serta perkakasan yang lebih baik iaitu kapasiti penyimpanan sehingga 128GB dan jangka hayat bateri yang lebih lama.



Berdasarkan laporan, iPhone 6 mungkin didatangkan dalam dua versi iaitu skrin berukuran 4.7 inci juga 5.5 inci diperbuat daripada kaca Sapphire yang akan membuatkan ia tahan calar serta hampir mustahil untuk pecah.



Selain itu, ia juga dikatakan akan dilengkapi dengan teknologi Near Field Communication (NFC) yang membolehkan dua alat peranti berhubung antara satu sama lain.



Edisi terbaru iPhone ini juga akan menggunakan sistem operasi iOS8 yang dijangka meningkatkan lagi kebolehan aplikasi telefon pintar tersebut.



Antara ciri-ciri lain pada iPhone 6 ialah:



1. Aplikasi QuickType yang mampu meramal apa yang akan ditulis sebelum anda menulisnya, serta Swype di mana anda hanya perlu meleretkan jari anda untuk mengeja.



2. Fungsi serta kepintaran tambahan pada aplikasi Spotlight.



3. Aplikasi Health yang baharu, yang membolehkan anda mengumpul maklumat peribadi mengenai tahap kesihatan, pemakanan, tidur, ubat dan banyak lagi.



4. Penambahbaikan pada aplikasi Siri yang membolehkan anda bercakap terus dengannya tanpa menekan sebarang butang, selain fasih dalam 22 bahasa.



5. Anda boleh membalas teks tanpa membuka aplikasi Message. Malah, dengan adanya Notification Centre, anda boleh `retweet', 'favourite' atau 'like' sesuatu di Twitter atau Facebook tanpa membukanya.



6. Anda kini boleh menyunting gambar di aplikasi Photo seperti di Instagram.



7. Anda boleh membuat panggilan menggunakan Wi-Fi.



8. Family Sharing, membolehkan anda dan keluarga (sehingga enam orang) berkongsi aplikasi, lagu dan buku yang dibeli melalui kad kredit yang sama dengan kebenaran pemilik tersebut.



Evolusi iPhone dari iPhone pertama hingga iPhone 5c

Evolusi iPhone dari iPhone pertama hingga iPhone 5c



iWatch



Bagi iWatch pula, menurut AFP, ia dijangka menggabungkan gaya dan inovasi bersama sensor dan kuasa perkomputeran pada peranti dipakai di pergelangan tangan yang dipautkan kepada iPhone atau iPad secara wayarles.



Selain itu, sistem operasi baharunya membolehkan pembayaran melalui peranti mudah alih termasuk sebuah platform kesihatan yang sepadan dengan kemampuan iWatch daripada segi aktiviti penjejakan, tidur, nadi dan banyak lagi.



iPad Air



Menurut Time, model iPad yang terbaharu ini dipercayai sama dalam reka bentuk model sebelumnya, dengan tambahan sistem pemproses yang lebih cepat, sensor cap jari iPhone 5S serta didatangi dengan warna emas.



Selain produk-produk yang disebutkan tadi, produk-produk seperti penambahbaikan Apple Tv, OS X Yosemite, Mac terbaharu, iPod terbaharu serta headphone Beats.



Dengan pengumuman berita baik dari syarikat gergasi Amerika tersebut, apa yang pasti, penggemar Iphone semestinya tidak sabar untuk menunggu keluarannya.



Produk-produk terkini Apple itu yang dikatakan bakal membawa ciri-ciri baru yang sesuai dengan cita rasa pengguna generasi masa kini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive