09 September 2014

MH17: Pesawat Terkena 'Objek Berkuasa Tinggi' - Laporan Belanda


Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 4:54 PM

THE HAGUE: Laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mengenai nahas pesawat MH17 yang terhempas di kawasan pemberontak di timur Ukraine menunjukkan pesawat tersebut berkecai di udara selepas terkena objek berkuasa tinggi.
"Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh Penerbangan Malaysia berkecai di udara berkemungkinan akibat kerosakan struktural yang berpunca daripada objek berkuasa tinggi dari luar yang menusuk ke dalam pesawat," menurut laporan awal tragedi yang meragut 298 nyawa, sebahagian besarnya warga Belanda.
Laporan oleh penyiasat Belanda itu juga menyatakan bahawa tidak ada bukti berlakunya masalah teknikal, kecemasan atau kesilapan juruterbang yang ditemui.
DSB mendapati 'tiada bukti atau tanda-tanda manipulasi daripada perakam'.

Laporan itu turut menyatakan bahawa tidak ada tanda-tanda sebarang isyarat yang boleh didengar atau sebarang kerosakan atau kebimbangan yang disampaikan antara anak-anak kapal pada perakam data penerbangan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive