17 September 2014

Jangan terlalu kagum dengan Anwar Ibrahim


 | September 17, 2014
Keputusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor adalah manifestasi daripada kekecewaan terhadap kepemimpinan Anwar yang meminggirkan rakan komponen Pakatan.
Datuk-Seri-Anwar-Ibrahim300PETALING JAYA: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Norazariza Mohd Alawi, mengingatkan Ahli PAS supaya tidak terlalu kagum dengan kepemimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengenepikan pucuk pimpinan parti itu serta dasar perjuangan Islam yang didukung selama ini.
“Keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor adalah manifestasi daripada kekecewaan terhadap kepemimpinan Anwar yang meminggirkan rakan komponen Pakatan.
“Pengalaman pucuk pimpinan PAS menentang Barisan Nasional cukup hebat berbanding Ketua Umum PKR itu selain amat mengenali perangai Anwar,” katanya.
Dalam pada itu, Dewan Ulama PAS diminta meneliti sama ada kerjasama politik parti itu dalam pakatan pembangkang perlu diteruskan atau tidak demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti.
Menurutnya, PAS perlu mengambil penyelesaian terakhir keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

8 comments:

Ridd said...

Tak lah kagum sangat dgn DSAI. Tapi tak disebabkan beliau PRU sebelum ni pernah ke dengar PAS menang byk negeri. Dah bagi kat terengganu pun gagal jugak dan Perak tak perlu sembanglah, sampailah ni sangkut. Adakah suara PAS laku untuk kerajaan iktiraf Hari Malaysia. Klu PKR jatuh tersungkur pun tapi sejarah beliau akan di kenang sehingga bila2.

Kalau PAS memimpin demi ISLAM, iktiraf kan Pejuang- Pejuang Malaysia yg gugur syahid di syria dan mana2 negara ISLAM yg sedang bergolak. Ada berani....tak perlu tunjuk orang lain. Ulama itu benar tapi yg menyokong tu adakah dari kalangan Penyokong Ular dalam semak.

Anonymous said...

Cakap je buat apa??? Keluar je dari PR kalau rasa korang betul. Jangan bawak SIAL dalam PR!!! Tuiii...!!!

Anonymous said...

pkr kalu dah menang mula la lompat parti..mcm biasa

bunbinban said...

X kagum pun kat anwar tapi lgi la x kagum kat hadi awang. Yg gua kagum cuma satu je skang...ulamak pun pandai sebar fitnah. Dah kompem masuk syurga ke

Anonymous said...

dak aihh..cek tak kagum pon...cek kagum ngan majlis syura n ulamak yg selalu jumpa nabi dlm mimpi jer..jgn takot cek tak mau lawan depa...sbb depa tu semua maksom...

Anonymous said...

Kagum atau tidak kita tengok Pas di Kelantan dlm PRU 14 nanti. Pengundi utama adalah anak muda yg celik maklumat bukannya dari golongan paku 6".

Anonymous said...

aku sokong 500% apa kata anonymous 7.07.kalau rasa Pas kuat keluar lah dari PR.ni nak keluar tak berani,tapi nak rebut jawatan MB. peminpin Pas memang takada maruwah diri.MSU pun sama ,sepatutnya MSU meredakan keadaan.ni tidak ,keputusanya macam ada sesuatu yang terselindung.

Anonymous said...

Aku kagum dgn kebesaran Allah.
Brgsiapa meneybut namaKu dia bersama2 dgnKu. Brang siapa bersama2 dgnKu dia selamat!!!
Apa yg kita ndak sbnrnya? Kita cuma nk slmt dunia & akhirat.
Hdup ini panjangnya macm sebtg rokok.
Justeru aku berpegang dgn pesanan kekasih junjunganMu. Aku tinggalkan kpd umat ku alquran & hadis. Brgsiapa berpegang dgnya nescaya selamat.
Umatku hanya bertahan sehingga 1500 tahun.

Apa ada pada TGNA. Apa hebatnya Hadi awg?
Apa bagusnya MSU.

Lagi apa?
Aku x heran tu semua.
Aku pn x heran dgn Najibrinas.
Apatah lagi Anwarinas

Aku berpegang dgn taliMu.
Aku serahkan segala urusan dunia & akhirat ku padaMu
Aku pegang amanat kekasih junjungan Mu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive