11 September 2014

5 Bekas Tahanan ISA Di Syria







(Atas dari kiri) Mohd Lofti, Zainuri, Mohd Rafi, (bawah dari kiri) Samad, Zid Saharani antara lima bekas tahanan ISA yang pergi ke Syria, bersama-sama Zainan (bawah kanan).

PETALING JAYA: Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam peperangan di Syria di mana pelbagai kumpulan itu bersaing untuk merebut kuasa.
Kelima-lima mereka merupakan bekas ahli Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), Zainuri Kamaruddin dan Rafi Udin bersama-sama dengan bekas anggota Jemaah Islamiah (JI), Samad Shukri dan Zid Saharani Mohamad Esa.
Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, antara yang turut disenaraikan.
Sumber berkata, Zainuri, Rafi dan Samad pergi ke Syria pada 18 April lalu bersama-sama dengan pejuang jihad Zainan Harith, juga dikenali sebagai Abu Turob, yang terbunuh baru-baru ini.
Terbaharu, rakyat Malaysia yang terbunuh dalam konflik itu adalah Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, dari Kedah. Dia dibunuh semasa melarikan diri dari serangan tentera kerajaan Syria pada Selasa.
"Zainan terbunuh dalam serangan di Syria dan tiga yang lain cedera parah. Pihak berkuasa percaya semua bekas tahanan ISA ini masih di Syria berjuang untuk kumpulan militan," kata sumber berkenaan. 
Difahamkan kelima-lima mereka bersama-sama Zainan, amat dipengaruhi oleh ajaran pelampau.
"Boleh dikatakan bahawa perjuangan mereka di Syria adalah hampir sama antara satu sama lain. Mereka percaya bahawa boleh melakukan hampir semua cara untuk mencapai matlamat mereka dalam membela perjuangan mereka," kata sumber.
Di Malaysia, mereka mengadakan mesyuarat yang digelar sebagai "Usra" di lokasi secara rawak bagi mengelakkan ia daripada dikesan.
"Usra ini termasuk merancang serangan dan rompakan bagi membiayai gerakan pelampau. Matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan senjata dan berjuang di Syria," kata sumber itu.
Pemantauan pihak berkuasa turut mengenal pasti pelbagai lokasi "Usra" di Lembah Klang. Antara lokasi tersebut adalah Puchong, Shah Alam dan Puncak Alam di Klang.- mStar


Mohammad Fadhlan Shahidi. Gambar diambil daripada Facebook.

KULIM: Ibu kepada Mohammad Fadlan Shahidi Mohammad Khir yang terkorban akibat serangan jet pejuang tentera di Syria yakin anaknya itu benar-benar serius dan ikhlas dalam perjuangannya.

Kerana itu, kata Fatimah Md Lazim, 55, beliau redha dengan apa yang berlaku terhadap anaknya itu.

"Kami tidak sangka sama sekali tragedi itu boleh menimpa dirinya tetapi kami yakin dan percaya dia ada keikhlasan untuk sama-sama berjuang bila berada di negara itu (Syria)," katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Kabu Mahang di sini, Rabu.

Fatimah, 55, berkata anaknya bertolak ke negara itu pada 14 Mei lalu.
"Dia ketika itu sekadar berhubung melalui telefon dengan berkata akan pergi ke Syria dan dia tidak memberi penjelasan lanjut," katanya.

Fatimah berkata dia tidak dapat menahan kehendak anaknya itu memandangkan usianya telah mencecah 21 tahun.

"Dia ada ilmu agama setelah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bukit Jelutong dan selepas itu menyambung pula di sebuah pondok di Kampung Ulu Bakai di sini," katanya.

Mohammad Fadlan Shahidi adalah anak kelima daripada lapan adik-beradik, empat lelaki dan empat perempuan.

Akhbar tempatan melaporkan turut cedera dalam pertempuran itu adalah lima lagi rakyat Malaysia iaitu Mohd Lofti Ariffin yang dikatakan parah dan masih tidak sedarkan diri.

Empat yang lain ialah seorang yang dikenali sebagai Abu Afghan dan tiga yang lain belum dikenal pasti.

Menurut akhbar itu, Mohammad Fadlan yang juga dikenali sebagai Abu Muhajir dan berasal dari Kulim, meninggal dunia ketika berada di kawasan kawalan mereka di Hama, Syria.

"Kawasan tersebut telah diserang oleh jet pejuang tentera Bashar Al-Assad dan kejadian terbaharu ini menjadikan Mohammad Fadlan sebagai rakyat Malaysia keempat terbunuh di Syria setakat ini," menurut sumber yang dipetik akhbar itu -. mStar

1 comment:

Anonymous said...

"Usra ini termasuk merancang serangan dan rompakan bagi membiayai gerakan pelampau. Matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan senjata dan berjuang di Syria," kata sumber itu""
SETAU AKU MEREKA YG BERJIHAD TIDAK AKAN MEMBAWA.MENERIMA,MEMBUAT PERKARA YG HARAM..MEREKA CUMA ADA SEMANGAT FISABILLILLAH..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive