06 September 2014

Tranungkite : Anwar Ibrahim 'akitek' hancurkan Pakatan Rakyat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilabel laman PAS, Tranungkite sebagai ‘arkitek’ penghancur Pakatan Rakyat khususnya berkaitan isu Menteri Besar Selangor.
Ini dibuktikan melalui sikap keras kepala Anwar menamakan satu nama iaitu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berlawanan dengan titah Sultan Selangor yang mahu lebih dua nama dicalonkan sebagai Menteri Besar baharu.
“PKR dan Anwar Ibrahim makin meroyan dalam menamakan dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor. Titah Sultan tidak diendahkan malah diabaikan oleh Penasihat umum PKR. Akhir ego dan bodoh sombong PKR termasuk pengerusinya makan diri sendiri.
“Keras kepala PKR dan disokong rakannya DAP menamakan satu nama sahaja untuk calon Menteri Besar Selangor dimurka atau ditolak oleh pihak istana.
“PKR dan Anwar Ibrahim disarankan oleh Istana menghantar lebih dari satu nama. Memang nampak bodoh sombong dan ego puak puak PKR khasnya Anwar Ibrahim dan Wan Azizah,” dakwa Tranungkite.
Berbeza dengan Anwar, Tranungkite berkata PAS akur dengan titah Sultan selangor, iaitu menamakan tiga calon untuk jawatan tersebut.
“Krisis menteri besar Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat hancur, pecah dan rakyat benci permainan yang direka oleh Anwar Ibrahim sendiri . Mungkin Anwar Ibrahim ada agenda sendiri bagi kepentingan diri Anwar Ibrahim.
“Anwar Ibrahim boleh dianggap “akitek” yang hancurkan PKR atau Pakatan Rakyat dan membuatkan rakyat benci pada PKR atau PAS atau DAP. Anwar Ibrahim dengan gahnya mempertahankan hanya satu nama sahaja calon Menteri Besar Selangor, Wan Azizah, isterinya.
“Akhirnya senjata makan tuan dan Anwar Ibrahim terpaksa akur kehendak Sultan. Atau mungkin Anwar Ibrahim mahu Pakatan Rakyat bergolak dan terus ditolak oleh rakyat Malaysia. ?..,” soal laman itu.
Tranungkite turut menyiarkan pendapat blogger Mazwandi Mustaffa yang mempertikaikan hujah bahawa Pakatan Rakyat merupakan nadi untuk mencapai kemenangan PAS.
“Maka, apabila ada manusia yang mengatakan bahawa PAS akan kiamat jika keluar Pakatan Rakyat, saya menjadi agak kekok dan tercuit kelakar dalam minda saya melihat akan percakapan manusia berkenaan. Ianya seolah-olah, PR adalah penyebab utama untuk PAS menang pilihanraya. Tetapi dari segi matematik, apabila PAS bersama PR, PAS telah hilang Kedah, Kalah di Perak dan jumlah kerusi PAS berkurang 1 kerusi parlimen.



6 comments:

Anonymous said...

fakta yang auta dari puak teganung...sokonglah wei kepada tuang presideng mung tuu....biar hilang terus kelantan dari tangan Pas sekarang.

Anonymous said...

Matematiknya senang
TANPA PR tuan blog rasa kalau
PERTANDINGAN 3 Penjuru BN, PAS dan PKR siapa akan menang. Bertambah ke bekurang kerusi unt PAS.
Tuan Blog tak kan benda mcm ni IQ you tak boleh nak pikir.
Kesian.

Lebai Roger said...

Kemunapikan gulongan ug dlm pas amat teserlah........tunggu PRN parti Pasmel @ parti islam melayu......akan lenyap tanpa kubor!!!!!!

Anonymous said...

PAS dah berjuang lama tanpa bersama rakan PR mereka kurang berjaya, ini fakta. Mereka bolih bersama UMNO tetapi suara tak dipakai, bila hati dah sakiy UMNO tendang keluar. Apa PAS dapat bersama UMNO kerana mereka itu tergolong orang orang penipu. Kuasa dicari untuk mengkayakan diri pada jalan yang tidak betul seperti rasuah dan penyalahan kuasa. Itu semua dosa, ada kah PAS ditubuh serupa macam UMNO lupa agama demi mengejar dunia menzalimi orang, tentu PAS tak mahu begitu kan?

Anonymous said...

TAK USAH LAH HAMPA ORANG NAK PERTIKAIKAN ANWAR NI.LETAK 10 ORAANG MACAM HAMPA BELUM SORANG PUN BOLEH TENTU JADI MACAM DIA.KENA PELUPUH SIKIT PUN DAH BEROGAN MALAM MACAM IKAN KELI KNA MATA KAIL KOT

AMIR Wartawan Rasmi LR said...

Jika tranung kite...sebuah laman web yang lama wujud dulu. Saya kira bukan ini dari tranung kite.Bukan admin tranung kite.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive