01 September 2014

Unit Amal PAS badan kebajikan, Zahid perlu minta maaf - Ketua pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar.
Menurut Suhaizan (gambar), Unit Amal PAS adalah badan kebajikan di bawah Pemuda PAS yang menguruskan kebajikan dan bantuan kemanusiaan termasuk banjir dan kebakaran.
"Kalau buat demonstrasi, itu maknanya adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Perlembagaan, jadi kita jaga kebajikan orang yang nak buat demonstrasi.
"Begitu juga semasa ceramah PAS, apabila kita menjaga kawalan keselamatan dan lalu lintas," kata Suhaizan kepada The Malaysian Insider.‎
Katanya, Zahid perlu meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya terhadap Jabatan Amal yang beroperasi sejak 20 tahun lalu.
"Saya tak nampak kenapa kerajaan mahu ambil tindakan. Selama tempoh Jabatan Amal bertugas lebih 20 tahun dan adakalanya bekerjasama dengan pihak polis dan agensi kerajaan, tiba-tiba hari ini mahu dipersalahkan," katanya.
Ekoran penahanan beramai-ramai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang semalam, Zahid hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan serupa ke atas Unit Amal PAS.
Beliau berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap Unit Amal PAS.
"Tindakan yang sama juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid. – 1 September, 2014.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive